Kereta Rempuh Restoran, Dua Pempengaruh Cedera Ketika “Review” Makanan
Dua pempengaruh yang sedang melakukan ulasan makanan mengalami kecederaan selepas sebuah kereta merempuh restoran yang dikunjungi mereka dalam kejadian pada Sabtu.
Memetik laporan NBC News, Patrick Blackwood dan Nina Santiago sedang menikmati hidangan di CuVee’s Culinary Creations di Houston apabila rakaman video menunjukkan cermin tingkap berhampiran meja mereka pecah.
Dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube mereka, Unrated EX Files, dapat dilihat mereka membuat ulasan makanan seperti biasa. Namun, selepas kira-kira 10 minit, sebuah kereta datang merempuh restoran terbabit.
Blackwood yang duduk paling dekat dengan tingkap, dihujani serpihan kaca manakala Santiago tercampak jatuh dari kerusi.
Orang ramai yang juga sedang menikmati makanan di dalam restoran itu dilihat tercengang ketika kejadian.
BACA JUGA: Pempengaruh Sukan Ekstrem Maut Terjatuh Dari Gunung Ketika Ekspidisi Basikal Lasak
Selain itu, video juga menunjukkan pasangan pempengaruh itu berada di dalam ambulans dan hospital.
“Saya okay sekarang, degupan jantung sudah stabil. Saya tidak sangka kejadian seperti ini akan berlaku tapi saya bersyukur kerana masih hidup,” kata Blackwood.
Mereka juga memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan luka jahitan dan balutan menutup kesan kecederaan,
“Hargai setiap saat dan sayangi orang sekeliling, ini mungkin hidangan terakhir kami,” kata Santiago.
Sementara itu, Pejabat Sheriff Harris County memaklumkan bahawa pemandu kereta terbabit mendakwa beliau menyangka telah meletakkan kereta dalam gear ‘P’, namun kenderaan itu bergolek masuk ke restoran selepas beliau melepaskan pedal brek.
Pihak CuVee’s Culinary Creations pula memberitahu restoran itu telah dibuka semula, namun masih menunggu anggaran kos baik pulih.
“Chef, pempengaruh, pelanggan dan staf semuanya diberkati kerana tidak mengalami kecederaan parah. Kami hargai sokongan dan kasih sayang anda,” kata restoran itu.
Video kemalangan itu menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Ada yang mendoakan agar dua pempengaruh itu berada dalam keadaan baik.
@metroentertainment Thank God they’re ok
In a video posted by @NinaUnrated, a car can be seen crashing into her and @Patrick Blackwood whilst filming food content. Nina captioned the video: “Tomorrow Is NOT Promised…” #influencer #carcrash #shocking #ninaunrated #patrickblackwood
♬ original sound – Metro Entertainment
Sumber: NBC News
BACA JUGA: Pempengaruh 17 Tahun Maut Ditembak Dalam Rumah
The post Kereta Rempuh Restoran, Dua Pempengaruh Cedera Ketika “Review” Makanan appeared first on Siakap Keli.
Lifestyle
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Download Film
In a video posted by @NinaUnrated, a car can be seen crashing into her and @Patrick Blackwood whilst filming food content. Nina captioned the video: “Tomorrow Is NOT Promised…” #influencer #carcrash #shocking #ninaunrated #patrickblackwood