Kad Pengenalan Generasi Baharu Bakal Dikuat Kuasa Tahun Hadapan
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan kerajaan telah meluluskan kontrak baharu bagi pembekal Kad Pengenalan generasi baharu yang bakal berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.
Perkara berkenaan diumumkan ketika sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.
“JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sentiasa pastikan setiap pindaan pada Kad Pengenalan dibuat dengan teliti dan kesahihan rekod,” maklum beliau.
Difahamkan, pembaharuan kad pengenalan ini melibatkan pemilik MyKad, MyTentera dan My PoCA.
Beliau berkata, pindaan pada Kad Pengenalan boleh dilaksanakan pada masa kini, tertakluk kepada jenis butiran yang ingin dipinda.
“Kelebihan MyKad generasi baharu adalah untuk membendung isu pemalsuan dan penyalahgunaan kad, di samping memastikan pengeluaran kad pengenalan baru ini adalah selari dengan perkembangan teknologi terkini,” jelasnya.
Beliau menambah, antara ciri keselamatan Kad Pengenalan yang dipertingkatkan termasuk pengenalan kod QR yang berfungsi sebagai pengesahan digital bahawa kad pengenalan tersebut tulen.
BACA: TLDM Selamatkan Sembilan Pekerja Terkandas Di Pulau Jarak
BACA: TNB Kerugian RM5.14 Bilion Akibat Kecurian Elektrik – Fadillah
BACA: MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Tropika Senyar Di Beberapa Negeri
Sumber: Parlimen Malaysia
The post Kad Pengenalan Generasi Baharu Bakal Dikuat Kuasa Tahun Hadapan appeared first on Siakap Keli.
News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door
Download Film