Posted On 6 September 2025

JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak-Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak-Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama



JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak-Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama

SEREMBAN, 6 Sept (Bernama) — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang menjalankan semakan bagi menentukan status agama dua kanak-kanak lemas, selepas kenderaan dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson pada Khamis.

Pengarahnya Mohd Asri Abdullah berkata setelah selesai pengesahan status agama Islam dua kanak-kanak itu, pihaknya akan menguruskan jenazah dua kanak-kanak itu.

Mohd Asri berkata pihaknya menerima permohonan daripada pihak polis untuk semakan status agama dua kanak-kanak itu, namun tiada rekod pengislaman di Kelantan seperti dimaklumkan bapa kanak-kanak itu.

“Bapa kanak-kanak itu memaklumkan bahawa pengislaman dilakukan di Kelantan, tetapi semakan di jabatan agama di sana tidak menemukan sebarang rekod, hasil semakan di negeri ini juga sama, tiada rekod berhubung pengislaman dua kanak-kanak itu.

“Pihak kami bergantung kepada pengakuan ibu bapa kandung berhubung status agama kanak-kanak ini, mereka perlu membuat laporan polis berkenaan status agama dan ini akan digunakan sebagai kebenaran untuk menguruskan jenazah tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung sebuah kereta jenis Nissan terjatuh ke dalam sungai Tanjung Agas, dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan di dalamnya, pada 11.45 pagi, 4 Sept.

Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak tersebut masing-masing berumur enam dan lapan tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor, dipercayai lemas akibat terperangkap di dalam kenderaan.

Semalam, Alzafny turut melaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun dipercayai bapa kanak-kanak itu dan teman wanitanya 41 direman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media turut melaporkan tiada ahli keluarga atau waris hadir di Unit Forensik Hospital Port Dickson ketika proses bedah siasat mangsa semalam.

Sumber: BERNAMA

The post JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak-Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Tiga Makam Mulia di Masjid Nabawi » Nabawi Mulia

[ad_1] Di tengah pusat kota Madinah Al-Munawwarah, tepatnya di dalam kompleks suci Masjid Nabawi, terdapat…

Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam

[ad_1] Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam JOHOR BAHRU, 21 Jun (Bernama)…

Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan

[ad_1] Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan ANKARA,…