Posted On 23 December 2025

Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan SSPN Dan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan SSPN Dan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan SSPN Dan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor, Selangor, Sarawak, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah dalam menyokong usaha murni memupuk budaya menabung dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dan bayaran balik pinjaman melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2026 negeri masing-masing. 

Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri 2026 adalah seperti yang di bawah:

Belanjawan Negeri Johor 2026 pada 13 November 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM24.6 juta di bawah inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) atau BKJ Anak Yatim Negeri Johor. Inisiatif ini diberikan dalam bentuk tunai dan Simpan SSPN sebanyak RM2,000 seorang yang akan memanfaatkan seramai 12,307 anak yatim.

Belanjawan Negeri Selangor pada 14 November 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta di bawah Program Iltizam Anak Selangor (ANAS) diteruskan dengan pemberian RM100 setahun kepada 30,000 anak kelahiran negeri Selangor untuk tempoh lima (5) tahun bagi permohonan yang telah diluluskan.

Belanjawan Negeri Sarawak 2026 pada 24 November 2025 memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi Program Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.

Belanjawan Negeri Perak 2026 pada 25 November 2025 memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN). Inisiatif ini menyediakan RM200 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime untuk anak kelahiran Perak berumur di bawah 13 tahun.

Belanjawan Negeri Melaka pada 5 Disember 2025 memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi inisiatif Program MeSRa Bayi. Melalui program ini, insentif diberikan kepada kelahiran bayi baharu Anak Melaka sebanyak RM50 melalui akaun Simpan SSPN Prime dan sebagai penghargaan istimewa kepada bayi yang lahir pada hari pembentangan bajet akan menerima insentif sebanyak RM150 seorang.

Belanjawan Negeri Sembilan 2026 pada 5 Disember 2025 memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta kepada kelahiran bayi baharu dengan insentif sebanyak RM100 di Simpan SSPN.

Belanjawan Negeri Pahang 2026 pada 5 Disember 2025 memperuntukkan sebanyak RM6.5 juta bagi Program Permata Makmur serta bantuan pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN Ijazah Pertama anak Pahang yang baru bekerja bermula tahun 2025 dengan eruntukan sebanyak RM7 juta. 

Belanjawan Negeri Sabah pada 12 Disember 2025 meneruskan inisiatif bantuan pendidikan sedia ada iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara One Off (BUDI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI). 

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN berkata, “Saya melihat pengumuman ini sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Negeri yang amat menitikberatkan aspek pendidikan dalam agenda pembangunan insan. Pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 oleh Kerajaan Negeri Johor, Selangor, Sarawak, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah jelas menunjukkan kesungguhan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan negeri masing-masing melalui pendekatan yang inklusif dan mampan. Saya yakin, melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan PTPTN, lebih ramai pelajar akan mendapat manfaat, sekali gus melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing untuk masa depan negara.”

“PTPTN turut menghargai komitmen Kerajaan Negeri yang telah mengambil langkah proaktif dalam Belanjawan Negeri 2026 masing-masing untuk memperkenalkan insentif berkaitan Simpan SSPN dan bayaran balik pinjaman sebagai usaha memperluas akses pendidikan tinggi dan meringankan beban kewangan pelajar”.

Sehubungan itu, saya menyeru agar lebih banyak Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama dalam penyaluran insentif pendidikan dan pelaksanaan program kebajikan rakyat.

Pendekatan ini bukan sahaja memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat, malah menyokong agenda nasional dalam membudayakan penabungan serta menjamin masa depan pendidikan anak-anak Malaysia,” tambah beliau.

Simpanan melalui Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma kepadapendeposit bagi simpanan RM1,000 ke atas, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, patuh syariah serta jaminan simpanan oleh kerajaan.

The post Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan SSPN Dan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN appeared first on Siakap Keli.

News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam

[ad_1] Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam JOHOR BAHRU, 21 Jun (Bernama)…

Pfizer Malaysia Umum Kelulusan Vaksin PCV20 untuk Kanak-Kanak dan Dewasa

[ad_1] Pfizer Malaysia mengumumkan bahawa vaksin pneumokokal konjugat 20-valen (PCV20) telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan…

Hujan Lebat Dijangka Di Empat Negeri Hingga Malam Ini

[ad_1] Hujan Lebat Dijangka Di Empat Negeri Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan…