Posted On 20 June 2025

Hubungan Diplomatik Malaysia-Rusia Mampu Diperkukuh Lagi Menerusi Kerjasama Strategik Dalam Kebombaan Dan Pengurusan Bencana

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Hubungan Diplomatik Malaysia-Rusia Mampu Diperkukuh Lagi Menerusi Kerjasama Strategik Dalam Kebombaan Dan Pengurusan Bencana


Hubungan Diplomatik Malaysia-Rusia Mampu Diperkukuh Lagi Menerusi Kerjasama Strategik Dalam Kebombaan Dan Pengurusan Bencana

PUTRAJAYA, 20 Jun 2025 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, telah mengadakan sesi perbincangan dua hala dengan H.E Colonel General Alexander V. Kurenkov, Menteri Pertahanan Awam, Kecemasan dan Penghapusan Konsikuensi Bencana Alam (EMERCOM) Persekutuan Rusia pada hari Khamis sempena Lawatan Kerja Rasmi EMERCOM ke Malaysia.

Pertemuan ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik dan membuka lembaran baharu dalam kerjasama strategik antara Malaysia dan Rusia, khususnya dalam bidang kebombaan dan penyelamatan.

YB Nga Kor Ming berkongsi bahawa KPKT dan EMERCOM telah bersetuju untuk memulakan rundingan bagi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan merangkumi kerjasama dalam integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi kebombaan, teknologi simulasi penerbangan, serta latihan kemahiran anggota bomba.

Dengan memperkukuh hubungan diplomatik bersama Rusia, saya percaya kita dapat meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan negara melalui kerjasama strategik, pertukaran teknologi, dan perkongsian kepakaran dalam kebombaan dan pengurusan bencana,” kata YB Nga Kor Ming.

KPKT turut menyatakan minat untuk meneroka dan menilai potensi penggunaan teknologi kebombaan dari Rusia, termasuk sistem pemadaman aerosol EXA dan serbuk pemadam IPEX keluaran syarikat Pyrogen.

Sebagai tuan rumah, Malaysia turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan budaya tempatan melalui pendekatan “Durian Diplomacy”, di mana delegasi Rusia dapat merasai durian tempatan semasa Majlis Makan Tengah Hari yang berlangsung di Cyberjaya.

Turut hadir, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT, barisan pengurusan tertinggi JBPM serta Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Datuk Mohd Razali bin Wahab.

The post Hubungan Diplomatik Malaysia-Rusia Mampu Diperkukuh Lagi Menerusi Kerjasama Strategik Dalam Kebombaan Dan Pengurusan Bencana appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Perjalanan Haji dan Umroh Penuh Berkah » Nabawi Mulia

[ad_1] Haji dan umroh adalah perjalanan spiritual yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di…

Ngerasain Serunya Slot Pragmatic Play di Mode Demo

Kalau kamu suka permainan yang menegangkan tapi tetap fun, slot Pragmatic Play pasti udah nggak…

Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

[ad_1] Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala Orang awam ‘kecoh’ di media sosial apabila beberapa perkhidmatan…