Posted On 27 April 2026

Hantaran Hina Sultan Selangor: Ahli Dewan di-Raja Selangor Buat Laporan Polis

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Hantaran Hina Sultan Selangor: Ahli Dewan di-Raja Selangor Buat Laporan Polis

Hantaran Hina Sultan Selangor: Ahli Dewan di-Raja Selangor Buat Laporan Polis

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor telah membuat satu laporan polis pada Isnin susulan hantaran jelik dan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh pemegang akaun media sosial yang menyunting gambar menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menerusi satu kenyataan, ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor melahirkan rasa kesal dan mengecam sekerasnya perbuatan tersebut yang dikatakan berkait rapat dengan isu penternakan babi di negeri Selangor.

Laporan polis itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

“Tindakan provokasi yang dilihat tidak bertanggung jawab dan biadap ini adalah satu penghinaan yang amat serius kepada Institusi Diraja yang boleh menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Ini bukan sekadar isu sensitiviti yang melibatkan Institusi Diraja, tetapi ianya merupakan satu bentuk penghinaan yang serius terhadap Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi payung kepada kestabilan dan keharmonian negara.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor sentiasa mengambil berat dan memandang serius ke atas isu yang melibatkan penghinaan institusi Diraja di negeri Selangor dan mahukan tindakan keras dapat diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mengganggu ketenteraman masyarakat di negeri Selangor ini,” kata kenyataan itu.

Kredit Gambar: Selangor Royal Office

Tambah kenyataan itu lagi, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu mengambil tindakan tegas bagi memastikan mereka yang tidak bertanggungjawab ini diambil tindakan yang sewajarnya.

Malah, Kementerian Komunikasi perlu memainkan peranan penting dalam memastikan pengguna media sosial sentiasa beretika dan bertanggungjawab dalam memuat naik sesuatu hantaran di media sosial termasuk mempergiatkan usaha bagi menyedarkan masyarakat tentang penggunaan media sosial secara berhemah dan berintegriti.

“Sebagai rakyat yang hidup dalam negara yang berbilang kaum dan bersifat majmuk, sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam ini dan perpaduan rakyat seharusnya ditolak sama sekali.

“Setiap rakyat diseru supaya sentiasa memelihara hubungan baik antara kaum agar keamanan negara ini dapat terus dipelihara,” kata kenyataan itu lagi.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Slot Online Bertema Neon Kingdom

🎰 Contoh Slot Mirip Tema “Neon Kingdom” Neon City (Wazdan) Tema: kota futuristik bercahaya neon.…

Maksud Sebenar Nombor Pada Pelekat Buah, Sayur Di Pasar Raya

[ad_1] Maksud Sebenar Nombor Pada Pelekat Buah, Sayur Di Pasar Raya Setiap kali anda membeli…

Permohonan Guru & Pensyarah Cemerlang Kini Dibuka, Ini Syarat & Cara Mohon

Permohonan Guru & Pensyarah Cemerlang Kini Dibuka, Ini Syarat & Cara MohonKementerian Pendidikan Malaysia akan…