Posted On 21 May 2025

Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak


Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak

JOHOR BAHRU — Kira-kira 100,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar daerah Johor Bahru terjejas akibat gangguan bekalan air susulan kerosakan luar jangka pada pam-pam utama yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi LRA Sungai Johor terpaksa dihentikan sepenuhnya sejak petang semalam, menyebabkan sebanyak 318 juta liter sehari (MLD) tidak dapat disalurkan kepada hampir 100,000 akaun pengguna.

“Sebagai langkah segera, pengolahan semula sumber air sedia ada telah dilaksanakan, dan berjaya menyelamatkan kira-kira 11,000 akaun daripada terjejas.

“Akaun-akaun ini dijangka terus menerima bekalan air seperti biasa menjelang jam 7:00 pagi.

“Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan, setakat ini 15% dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 7:00 pagi.

“Selepas itu, proses pemulihan bekalan akan dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan tekanan air stabil dan disalurkan secara berperingkat ke kawasan-kawasan terjejas,” katanya.

Dalam pada itu. sebanyak 16 lori tangki air berkapasiti 9m³ dan 40m³ telah digerakkan ke lokasi-lokasi kritikal, termasuk hospital, pusat kesihatan, dan kawasan tumpuan awam sebagai sokongan tambahan.

“Pihak kami amat kesal atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengguna sepanjang tempoh gangguan ini.

“Segala usaha sedang diambil untuk mempercepatkan proses pemulihan sepenuhnya,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Fazli Salleh

 

The post Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Ngerasain Serunya Slot Pragmatic Play di Mode Demo

Kalau kamu suka permainan yang menegangkan tapi tetap fun, slot Pragmatic Play pasti udah nggak…

10Star Cinemas Meluaskan Sayap ke Lembah Klang Bersama Hextar World di Empire City

[ad_1] 10Star Cinemas Meluaskan Sayap ke Lembah Klang Bersama Hextar World di Empire City PETALING…

Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Ditemukan Lemas Di Baling

[ad_1] Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Ditemukan Lemas Di Baling ALOR SETAR, 12 Mei (Bernama) —…