Posted On 15 July 2025

Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah 

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah 


Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah 

Media sosial ketika ini dipenuhi dengan pelbagai kandungan yang menarik perhatian ramai. Khususnya di laman TikTok, pencipta kandungan sentiasa perlu mencipta idea yang segar bagi mendapatkan jumlah tontonan yang banyak dan meningkatkan bilangan pengikut.

Selain audio siar, video yang berkait dengan eksprimen sosial juga kadang kala akan menjadi tular atau disebut FYP di TikTok.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular beberapa video yang memaparkan dua beradik, yang juga anggota kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) menerusi akaun TikTok @tekatrivia.

Untuk pengetahuan, akaun TikTok ini memuat naik kandungan video teka-teki mengenai pengetahuan am. Seramai dua orang yang dipilih untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan pantas dan mereka perlu bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan mata.

BACA JUGA: (Video) Bertahun-tahun ‘Berentap’ Di AJL, Akhirnya ‘Sentuhan’ Magis Stacy Terbukti Dalam Lirik Lagu ‘Cinta’

Video terbaru yang menyaksikan dua beradik SOG iaitu Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah menarik perhatian ramai. Manakan tidak, mereka dengan bersahaja dapat menjawab soalan-soalan yang agak sukar.

Soalan-soalan tersebut berkaitan matematik, seni kreatif, sains dan bermacam lagi, Selain itu, mereka juga dapat meneka negara di dunia berdasarkan peta  dengan sangat pantas.

Ramai yang meluahkan rasa kagum terhadap dua beradik terbabit dan menggelarkan mereka Sekumpulan Orang Genius.

Sehingga kini, empat video yang memaparkan mereka berdua mendapat jutaan tontonan di aplikasi media sosial itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengatakan tidak mampu menjawab dengan begitu pantas dan kebanyakan jawapan yang diteka mereka adalah salah.

@tekatrivia

@wearesog × Teka Trivia | Mantap Matematik 9 #TekaTrivia #FYP #foryoupage #BandarSriPermaisuri #Cheras #SekumpulanOrangGila #SOG

♬ original sound – Teka Trivia – Teka Trivia

@tekatrivia

@wearesog × Teka Trivia | Siapakah artis manga ‘Dragon Ball’? #TekaTrivia #FYP #foryoupage #BandarSriPermaisuri #Cheras #SekumpulanOrangGila #SOG

♬ original sound – Teka Trivia – Teka Trivia

“Sama macam saya, semua dapat jawab bezanya diorang betul semua, saya salah semua,” kata seorang netizen.

“Bukan sekadar “Sekumpulan Orang Gila”, gila-gila pun matematik power,” kata seorang netizen.

“Apa ke otak diorang pakai ni, nasib la aku dapat jawab semua, semua salah la tapi,” kata seorang lagi netizen.

Sumber: tekatrivia

BACA JUGA: (Video) Tak Sangka, Anak ‘Mat Saleh’ Berdikir Barat Wau Bulan Di Belgium Buat Netizen Teruja

The post Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah  appeared first on Siakap Keli.





Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai Di Pasir Puteh

[ad_1] Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai Di Pasir Puteh KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama)…

Lebih 100,000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 – Fahmi

[ad_1] Lebih 100,000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 – Fahmi PUTRAJAYA, 31 Ogos…

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan

[ad_1] Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan ROMPIN — Sebuah kereta mewah jenis Ferrari…