Posted On 7 December 2025

Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung

Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung

KUALA BERANG, 7 Dis (Bernama) — Polis percaya faktor kecuaian punca berlakunya kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah) melibatkan pasangan bakal pengantin pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abd Wahab berkata siasatan mendapati tiada kesan brek ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata SUV itu juga dipercayai terus menghala ke kawasan jalan terputus sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 61 meter.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kelajuan kenderaan juga tidak tinggi berdasarkan serpihan kenderaan yang ditemui di lereng bukit.

“Biasanya jika pemandu memandu laju kenderaan akan melayang sedikit sebelum terjatuh. Namun setelah meneliti serpihan kenderaan di lereng bukit, kita yakin kenderaan ini tidak dipandu laju…terus terjunam ke bawah gaung.

“Kita percaya punca kemalangan lebih kepada faktor kecuaian iaitu tidak memberi tumpuan penuh ketika memandu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sharudin berkata operasi mengeluarkan kenderaan itu dari gaung semalam mengambil masa hampir empat jam susulan hujan lebat.

Menurut beliau pemeriksaan pada kenderaan tersebut menemukan tapak kamera papan pemuka (dashcam), namun alat kamera tidak ditemui dan dipercayai tercampak semasa kejadian.

“Operasi membawa naik SUV bermula 2 petang semalam. Kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata polis akan menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang mengalih atau mengganggu tanda amaran atau keselamatan di lokasi terbabit.

Katanya, pihak berwajib telah meletakkan banyak tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi tersebut tetapi dialih oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian petang Jumaat lepas, sepasang bakal pengantin dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang, Kelantan maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung ketika melalui jalan yang ditutup.

Sebelum ini jalan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat.

BACA: “Air Dari Mana,” Mat Saleh Temu Bual Pekerja Bangladesh Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum

Sumber: Bernama

The post Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung appeared first on Siakap Keli.

News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Tengku Permaisuri Selangor Sempurnakan Pelancaran, Penamaan LCS Kedua TLDM

[ad_1] Tengku Permaisuri Selangor Sempurnakan Pelancaran, Penamaan LCS Kedua TLDM LUMUT, 3 Julai (Bernama) —…

Rumah Pintar: 10 Gajet Canggih Yang Perlu Ada

[ad_1] Rumah Pintar: Ini 10 Gajet Canggih Yang Perlu Anda Miliki Dalam era teknologi moden…

Pelakon Sitkom Kopitiam Mano Maniam Meninggal Dunia

[ad_1] Pelakon Sitkom Kopitiam Mano Maniam Meninggal Dunia KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Pelakon…