Posted On 25 February 2026

Di Sebalik Diam Seorang Ayah, Ada 3 Ketakutan Yang Mungkin Jadi Titik Terendah Hidupnya

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Di Sebalik Diam Seorang Ayah, Ada 3 Ketakutan Yang Mungkin Jadi Titik Terendah Hidupnya

Di Sebalik Diam Seorang Ayah, Ada 3 Ketakutan Yang Mungkin Jadi Titik Terendah Hidupnya

Dunia makin hari makin bergerak pantas dengan teknologi yang semakin mendominasi kehidupan seharian.

Anak kecil kebanyakkannya dah biasa dengan skrin dan fungsi swipe sebelum kenal huruf. Media sosial dan video pendek pula dah jadi sebahagian daripada rutin harian keluarga moden.

Dalam keadaan ini, ramai ayah sebenarnya simpan satu kerisauan yang jarang diluahkan secara terbuka.

Kebimbangan tersebut bukan tentang pencapaian akademik atau kejayaan semata-mata, tetapi tentang pembentukan iman anak-anak dalam dunia yang semakin mencabar.

Seolah-olah memahami keresahan ini, lagu “Iman Mutiara” dirakam semula oleh Ustaz Nazrey Johani selepas 30 tahun, membawa mesej yang kini terasa lebih dekat dengan realiti seorang ayah di zaman moden.

Iman Itu Tidak Boleh Diwarisi

Harta, rumah dan simpanan boleh diwariskan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Namun iman tidak boleh dipindah milik atau diwarisi, iman perlu dibina dengan didikan, contoh dan bimbingan yang konsisten daripada ibu bapa.

Dalam video kempen Ramadan #KasihAyah oleh MBSB Bank, dilema seorang ayah digambarkan secara jujur apabila dia mempersoalkan sama ada didikannya mencukupi untuk menghadapi dunia moden.

Dunia hari ini berbeza dengan 30 tahun lalu kerana cabaran hadir bukan sahaja di luar rumah, tetapi juga melalui peranti yang sentiasa berada di tangan anak-anak.

Perbezaan Generasi, Hidup Makin Mencabar

Tiga dekad lalu, ayah pasang kaset nasyid dalam kereta dan anak-anak dengar bersama tanpa gangguan, hari ini pula anak-anak lebih cenderung pakai ‘earphone’ dan tenggelam dalam dunia digital masing-masing.

Perubahan ini bukan sekadar tentang teknologi yang makin berkembang, tetapi tentang berkurangnya ruang komunikasi antara ayah dan anak.

Ruang yang dimaksudkan disini adalah ruang untuk berbual tentang agama, menegur dengan lembut dan berkongsi pengalaman.

Rakaman baharu “Iman Mutiara” disusun dalam versi yang lebih minimal untuk bagi tumpuan kepada lirik dan mesej yang nak disampaikan.

Suara Ustaz Nazrey Johani yang lebih matang beri dimensi emosi yang menggambarkan doa dan harapan seorang ayah terhadap anaknya.

Ketakutan Yang Jarang Dilafazkan Oleh Seorang Ayah

Ayah yang kita selalu nampak tegas, serius dan kadang bergurau cara ‘bapak-bapak’ sebenarnya banyak simpan risau yang tak pernah diluah.

Ketakutan ayah

Mereka jarang berbicara tentang tekanan membesarkan anak dalam era digital tapi dalam diam, kebanyakan ayah berkongsi doa yang sama agar anak-anak membesar dengan iman yang kukuh.

Mereka sedar bahawa kepintaran tanpa iman yang kuat boleh membawa kepada kesilapan arah dan mereka juga paham yang kejayaan tanpa panduan agama juga boleh mengundang kelalaian.

Inilah mesej yang cuba diketengahkan dalam kempen #KasihAyah oleh MBSB Bank melalui pendekatan penceritaan yang dekat dengan realiti keluarga di Malaysia.

Peranan MBSB Bank Dalam Mengangkat Naratif Ini

Tahun ini, MBSB Bank menyokong rakaman semula lagu “Iman Mutiara” sebagai elemen utama dalam kempen Ramadan mereka.

Lagu ini menjadi teras emosi kepada video kempen Ramadan yang menampilkan lakonan Bront Palarae dan Dato’ Rahim Razali.

Penceritaan dalam video tersebut memberi fokus kepada konflik ketakutan ayah yang nak memastikan anaknya membesar dengan asas iman yang kukuh.

Melalui kempen ini, MBSB Bank berusaha membina hubungan emosi dengan masyarakat dengan mengangkat isu kebimbangan ibu bapa masa kini.

Ramadan adalah bulan yang menggalakkan refleksi diri dan penilaian semula keutamaan dalam kehidupan.

Rakaman semula “Iman Mutiara” selepas 30 tahun membuktikan bahawa mesej tentang iman dan tanggungjawab seorang ayah tetap relevan walaupun dah bersilih ganti generasi.

Kempen #KasihAyah oleh MBSB Bank mengajak masyarakat untuk menghargai peranan ayah serta mengambil peluang di bulan mulia ini untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan.

Video penuh kempen #KasihAyah boleh ditonton di platform media sosial rasmi MBSB Bank. Tonton dan hayati pengorbanan dan hajat serta ketakutan ayah yang mungkin selama ini kita terlepas pandang.

Ramadan ini mungkin menjadi masa terbaik untuk hargai ayah dan merenung kembali tanggungjawab sebagai anak dan juga sebagai ibu bapa.

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Jasa Impor China

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Jasa Backlink

Slot gacor terpercaya

Anime Batch

Related Post

Mydin Adakan Sidang Media Khas Esok

[ad_1] Mydin Adakan Sidang Media Khas Esok Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira…

Amsyar Lee ‘Mendunia’, Nyanyi Lagu Hannah Delisha Versi Jepun Di Sing Asia

[ad_1] Amsyar Lee ‘Mendunia’, Nyanyi Lagu Hannah Delisha Versi Jepun Di Sing Asia Muhammad Amir…

Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak

[ad_1] Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak JOHOR BAHRU…