Posted On 27 July 2025

Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Content Makanan, Seru Netizen Peka Isu Gaza

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Content Makanan, Seru Netizen Peka Isu Gaza


Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Content Makanan, Seru Netizen Peka Isu Gaza

Cef selebriti terkenal, Anis Nabilah menghentikan sebarang perkongsian berkaitan makanan di media sosial sebagai tanda solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman berterusan di Gaza.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Anis mengakui tidak selesa untuk terus berkongsi content berkaitan makanan.

Perasaan itu timbul kerana berjuta-juta rakyat Gaza sedang berdepan krisis kemanusiaan yang serius, termasuk sekatan terhadap bekalan makanan, air bersih dan bantuan perubatan.

“Sekarang, berjuta-juta rakyat Gaza tengah hadapi kebuluran… bukan sebab perang sahaja, tapi atas dasar yang sengaja dibuat oleh kerajaan Israel,” tulisnya.

Anis turut menegaskan bahawa situasi ini tidak sepatutnya dianggap perkara biasa dan menyeru orang ramai agar tidak terus berdiam diri terhadap kekejaman yang berlaku.

Tambahnya lagi, sebagai individu yang berkecimpung dalam dunia kulinari, keputusan untuk menghentikan content makanan bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu, beliau percaya tindakan kecil ini mampu menyemai kesedaran dalam kalangan orang ramai.

“Saya pilih untuk berhenti share content makanan buat masa ni sebab saya tak rasa okay nak terus buat macam semuanya normal,” katanya lagi.

Anis turut mengajak para pengikutnya untuk mengambil masa memahami situasi yang berlaku, menyuarakan sokongan, menyalurkan sumbangan atau sekurang-kurangnya tidak memandang ringan penderitaan rakyat Gaza.

Beliau juga menekankan betapa pentingnya doa dan empati dalam menghadapi saat getir ini.

BACA: Israel Buka Koridor Kemanusiaan Ke Gaza, Misi Bantuan Udara Dimulakan

BACA: Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

BACA: Demi Sekarung Tepung, Pemuda Gaza Redah ‘Zon Maut’ Untuk Keluarga

Sumber: Astro Gempak

The post Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Content Makanan, Seru Netizen Peka Isu Gaza appeared first on Siakap Keli.





Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon

[ad_1] Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon Acara larian seperti Maraton (42KM)…

Maksud Sebenar Nombor Pada Pelekat Buah, Sayur Di Pasar Raya

[ad_1] Maksud Sebenar Nombor Pada Pelekat Buah, Sayur Di Pasar Raya Setiap kali anda membeli…

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api 

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api  WAKAYAMA  — Seekor kucing bercorak tiga…