Posted On 27 August 2025

Belia Kedah Ubah Lorong Tercemar Jadi Tarikan Seni Awam Di Alor Setar

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Belia Kedah Ubah Lorong Tercemar Jadi Tarikan Seni Awam Di Alor Setar



Sebuah lorong yang sebelum ini tercemar di Kampung Alor Melong kini bertukar wajah menjadi laluan mural penuh warna dan ruang kesedaran iklim, hasil usaha 300 pelajar dan 100 sukarelawan daripada 25 sekolah seluruh Kedah.

Projek ini merupakan inisiatif Eco Green yang diketuai oleh pasukan Sultan Abdul Hamid College Toyota Eco Youth (SACHTEY) dengan kerjasama Nippon Paint Malaysia.

Lorong Keriang ini dulunya tapak pembuangan sampah haram kini berubah menjadi mural sepanjang 105 meter dengan mesej tentang penjagaan alam sekitar dan perpaduan komuniti.

Selain mural, aktiviti lain seperti kitar semula dan gotong-royong turut dijalankan bagi memulihkan kawasan terbiar ini. Lukisan mural pula menampilkan ikon-ikon Kedah seperti Masjid Zahir dan Gunung Keriang, mesej kesedaran tentang bahaya pencemaran, serta nilai perpaduan rakyat Malaysia.

Slogan “Langkah Kecil, Gelombang Besar”

Projek ini turut mendapat sokongan Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Abdul Gafar bin Yahya. Antara mesej utama yang diketengahkan ialah amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), membanteras pembuangan haram dan mengurangkan jejak karbon.

Dengan slogan “Langkah Kecil, Gelombang Besar”, inisiatif ini bukan sekadar mencantikkan kawasan, tetapi juga seruan kepada masyarakat untuk berubah dan memberi peluang kepada belia menjadi agen transformasi komuniti.

Nippon Paint Jadi Rakan Strategik

Untuk menjayakan visi pelajar, Nippon Paint Malaysia menyumbangkan 170 liter cat Nippon Paint Weatherbond Ultimate serta kelengkapan mengecat lengkap. Cat ini dipilih bagi memastikan warna mural kekal tahan lama dalam cuaca tropika Malaysia.

“Inisiatif ini menunjukkan bagaimana warna bukan sekadar mencantikkan ruang, tetapi juga mampu menyampaikan mesej yang kuat dan menyatukan komuniti,” kata Tay Sze Tuck, Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia.

Suara Belia

Bagi pelajar sendiri, transformasi ini memberi makna besar.

“Dulu, Lorong Keriang hanyalah laluan kotor untuk ke sekolah. Sekarang ia jadi ruang bersama yang bersih, berwarna-warni dan mencerminkan kebanggaan kami,” kata Muhammad Hadif bin Khairul Anuar, 17, Kapten pasukan SATCHEY.

Katanya lagi, lorong ini kini bukan saja lebih menyeronokkan untuk dilalui, malah sesuai dijadikan ‘spot OOTD’ untuk anak muda.

Harapan Masa Depan

Projek mural ini menjadi contoh bagaimana kawasan terabai boleh ditukar menjadi simbol harapan dan kesedaran ekologi. Nippon Paint juga menegaskan mereka akan terus menyokong inisiatif komuniti, terutamanya yang digerakkan oleh semangat belia dan misi lestari.

The post Belia Kedah Ubah Lorong Tercemar Jadi Tarikan Seni Awam Di Alor Setar appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

10Star Cinemas Meluaskan Sayap ke Lembah Klang Bersama Hextar World di Empire City

[ad_1] 10Star Cinemas Meluaskan Sayap ke Lembah Klang Bersama Hextar World di Empire City PETALING…

Tiga Sekolah Dijadikan PPS Di P.Pinang Laksana PdPR Esok Dan Selasa

[ad_1] Tiga Sekolah Dijadikan PPS Di P.Pinang Laksana PdPR Esok Dan Selasa BUKIT MERTAJAM, 26…

Main Slot Demo PG Soft Seru Tanpa Harus Deposit

Kalau kamu pengen nyobain serunya main slot tapi masih ragu buat keluar modal, cobain aja…