Posted On 27 August 2026

Banjir Nepal: 55 Rakyat Malaysia Belum Dapat Dikesan, Angka Belum Disahkan – Mohamad

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Banjir Nepal: 55 Rakyat Malaysia Belum Dapat Dikesan, Angka Belum Disahkan – Mohamad

JEDDAH, 27 Ogos (Bernama) — Sebanyak 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih belum dapat dikesan susulan banjir besar di Nepal, namun jumlah tersebut juga belum disahkan oleh pihak berkuasa negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata maklumat itu diterima daripada agensi pelancongan dan sedang dikumpulkan serta disemak oleh Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

“Kita cuba menghubungi mereka tetapi tidak ada jawapan. Jadi, kita telah masukkan nama mereka dalam senarai yang masih hilang dan usaha sedang dilakukan oleh pihak keselamatan Nepal untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam temu bual bersama Bernama di sini pada Khamis.

Mohamad berada di sini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata usaha mengesan mereka menghadapi kesukaran berikutan laluan terjejas, selain jalan raya terputus dan jambatan musnah.

Beliau berkata berdasarkan laporan terkini yang diterima daripada Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Kementerian Luar Nepal, pihak berkuasa negara itu sedang menjalankan operasi SAR bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

“Kita mendapat laporan banjir itu seperti tsunami daratan yang amat besar, menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan ramai yang masih dilaporkan hilang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata Malaysia telah menghantar staf tambahan dari Dhaka, Bangladesh ke Kathmandu bagi membantu Kedutaan Malaysia mengurus situasi tersebut.

Staf tambahan akan membantu memantau perkembangan operasi, mengurus kebajikan rakyat Malaysia serta berurusan dengan pihak keselamatan Nepal.

“Kita telah menghantar staf tambahan dari Dhaka kerana dari situ hanya kira-kira satu jam sahaja untuk terbang ke Kathmandu,” katanya.

Mengenai kemungkinan Malaysia menghantar bantuan fizikal termasuk pasukan penyelamat, Mohamad berkata perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, beliau menzahirkan simpati dan dukacita kepada keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan.

“Saya ingin menyampaikan rasa takziah dan dukacita saya kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang masih dalam kategori tidak dapat dikesan atau hilang.

“Kita doakan agar sesuatu keajaiban boleh berlaku dan kita dapat menemui mereka,” katanya.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Hector Bidoglio Sah Tinggalkan JDT

[ad_1] Hector Bidoglio Sah Tinggalkan JDT KUALA LUMPUR — Teka-teki mengenai Hector Bidoglio sebagai Ketua…

Ahli Parlimen Jasin, Isteri Cedera Ringan Terlibat Kemalangan

Ahli Parlimen Jasin, Isteri Cedera Ringan Terlibat KemalanganALOR GAJAH, 20 Jun (Bernama) -- Ahli Parlimen…

Hukum Berqurban: Wajib atau Sunnah? » Nabawi Mulia

[ad_1] Dalam persoalan hukum berqurban, para ulama terbagi ke dalam dua pendapat utama yang masing-masing…