Amar, Datuk Qobin Hampiri Madinah: Misi ‘Journey to Tanah Haram’ Penuh Ujian & Keajaiban
MADINAH — Pengembaraan unik dua anak Malaysia, pelakon Amar Baharin dan penjelajah Grand Slam Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (Datuk Qobin), dalam misi Journey to Tanah Haram bakal tiba di penghujungnya di Madinah dalam tempoh 3-4 hari lagi.
Setelah merentasi pelbagai negara dengan berbasikal dan pengangkutan darat, udara, duo ini kini berada di Qassim setelah berkayuh dari Riyadh ke Al-Ghat dan bersiap untuk berkayuh sejauh 120-150 kilometer (KM) dari Hanakeyah sebelum menjejakkan kaki di Tanah Haram Madinah.
Ketika dihubungi, Amar berkongsi detik getir perjalanan mereka: “Cuaca mencecah 51 darjah Celsius, angin kuat dari depan menyukarkan kayuhan. Tapi, Allah tunjukkan kasih-Nya, setiap kali kami kepenatan, pasti muncul hamba-Nya yang baik membantu kami.”
Antara ‘keajaiban’ yang dialami termasuklah tayar basikal pancit di lokasi strategik antaranya selalu di depan bengkel kenderaan dan tempat teduh dan rehat “Seolah-olah diatur Allah. Kami turut diberikan air minum, makanan dan juga diberikan duit” ujar Amar.
Perjalanan ini bukan sekadar soal fizikal, tetapi juga membuka hati. Kami ini kerap ditawarkan penginapan percuma oleh rakyat Malaysia di UAE dan Arab Saudi, malah dilayan bak musafir mulia.
“Kami tak sangka dapat bantuan sebegini dan tidak pernah kami minta. Selagi boleh, kami cuba elakkan menyusahkan mereka, tapi Allah telah aturkan segala galanya. Perbelanjaan selama ini tak sampai RM12,000 kerana ramai yang ringankan beban kami,” kongsi Amar.
Awalnya, misi ini dirancang melalui India dan Pakistan sebelum ke Iran. Namun, seminggu sebelum berlepas dari Bangkok, Kedutaan Malaysia di kedua-dua negara menasihati mereka mengelak ekoran konflik bersenjata.

“Kami akur dan ubah hala tuju. Ini pengajaran: manusia merancang, Allah yang tentukan,” jelas Datuk Qobin.
Program yang dilepaskan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ini bermula di Padang Besar, melalui Bangkok, Iran, UAE, dan bakal berakhir di Madinah.
“Ini bukan ekspedisi rasmi atau cuba cipta rekod. Ia sekadar kembara dua sahabat yang ingin sampai ke Tanah Suci Madinah dengan jalan darat dan kewangan sendiri,” tegas Amar.
Bagi mengharung hari-hari terakhir menjelang Madinah, kami memohon doa dari semua dan ribuan terima kasih atas sokongan di media sosial yamg tidak putus-putus mendoakan kami di Tiktok, Instagram dan Facebook.
“Doa anda semua jadi kekuatan disepanjang musafir kami. Kelmarin saya mengalami kekejangan satu badan kerana cuaca yang amat panas. Walaupun dan minum banyak air, tapi masih alami kekejangan otot dan terpaksa berehat dua malam di pekan Qassim. Ujar Datuk Qobin.
“Insya-Allah, misi Journey to Tanah Haram akan tamat di Madinah sekitar 31 Mei atau 1 Jun ini.
Kisah penuh pengembaraan ini dijanjikan akan dikongsi selepas mereka pulang, satu dokumentari hidup tentang iman, ketabahan, dan kemurahan hati manusia kepada orang yang bermusafir.
The post Amar, Datuk Qobin Hampiri Madinah: Misi ‘Journey to Tanah Haram’ Penuh Ujian & Keajaiban appeared first on Siakap Keli.
Lifestyle
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime