Posted On 31 August 2026

BUDI Diesel: Pemilik Pikap, Jip Yang Layak Boleh Mohon Tambahan 100 Liter – MOF

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> BUDI Diesel: Pemilik Pikap, Jip Yang Layak Boleh Mohon Tambahan 100 Liter – MOF

Lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak boleh membuat permohonan bagi tambahan kelayakan sebanyak 100 liter sebulan di bawah BUDI Diesel.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata tambahan tersebut menjadikan jumlah kelayakan bulanan mereka meningkat daripada 300 liter kepada 400 liter.

“Pemilik pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan tersebut boleh berbuat demikian melalui portal BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my.

“Bagi pemilik pikap dan jip yang telah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kelayakan mereka akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter mulai 1 September 2026,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Perdana Ambang Merdeka 2026 mengumumkan had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI akan dinaikkan semula daripada 200 liter kepada 300 liter mulai 1 September 2026.

Pelarasan itu dilaksanakan secara automatik kepada penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

MOF berkata seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter.

Daripada jumlah pengguna tersebut, lebih 700,000 pengguna layak untuk turut menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.

Menurut MOF, pengembalian had kelayakan bulanan ini mengambil kira pengurusan bekalan yang semakin tersusun, penguatkuasaan yang lebih tegas, prestasi ekonomi negara yang kukuh serta kemampuan kewangan Kerajaan.

“Langkah ini turut mengambil kira keperluan rakyat yang perlu menempuh perjalanan jauh untuk urusan harian dan peniaga kecil yang bergantung pada kenderaan untuk mencari rezeki.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, sambil memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan,” ujarnya.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini

[ad_1] Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini Kebawah…

Setiausaha Didakwa Seleweng Dana Awam Untuk Kegunaan Peribadi

[ad_1] Setiausaha Didakwa Seleweng Dana Awam Untuk Kegunaan Peribadi JAKARTA — Seorang pejawat awam di…

Bank Rakyat Serah Manfaat Perlindungan Takaful Kepada Waris Mangsa Tragedi FRU

[ad_1] Bank Rakyat Serah Manfaat Perlindungan Takaful Kepada Waris Mangsa Tragedi FRU KUALA LUMPUR, 11…