Posted On 7 August 2026

Ismahalil Dipenjara 30 Tahun Kerana Edar Dadah

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Ismahalil Dipenjara 30 Tahun Kerana Edar Dadah

Ismahalil Dipenjara 30 Tahun Kerana Edar Dadah

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) — Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah dipenjara 30 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, tiga tahun lepas.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Noorin Badaruddin bersama-sama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Ismahalil, 53, sebelum ini.

Panel berkenaan mensabitkan Ismahalil mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Hakim Mohd Radzi ketika membacakan penghakiman berkata hakim bicara yang membebaskan Ismahalil pada Julai tahun lepas, telah tersalah arah dalam menilai fakta serta undang-undang, sekali gus mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata hakim yang mengendalikan bicara gagal menilai sewajarnya keterangan yang menunjukkan hanya Ismahalil mempunyai akses ke bilik tempat dadah itu ditemukan, walaupun isterinya memberi keterangan bahawa orang lain turut mempunyai akses ke kawasan berkenaan.

“Keseluruhan keterangan membuktikan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan, jagaan dan kawalan terhadap dadah berkenaan. Oleh itu, kami membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengetepikan keputusan hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, peguam Hermes Media Putra Ibrahim, yang mewakili Ismahalil memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon mahkamah mempertimbang hukuman penjara mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dengan mengambil kira faktor usia tertuduh yang melebihi 50 tahun dan tidak dikenakan hukuman sebatan.

Pada 17 Julai 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Ismahalil daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, di akhir kes pembelaan.

Ismahalil didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021, mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Tempat-Tempat Mustajab untuk Berdoa Saat Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Keutamaan Doa dalam Islam Dalam setiap langkah perjalanan hidup seorang Muslim, doa adalah kekuatan…

Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini

[ad_1] Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini KUALA LUMPUR,…

Peluang Tak Selalu Datang, Pemain Cape Verde Beratur Nak Bergambar Dengan Messi

Peluang Tak Selalu Datang, Pemain Cape Verde Beratur Nak Bergambar Dengan MessiBerhadapan dengan pasukan besar…