BAC Mulakan Pembinaan Fasiliti Pembuatan Bernilai USD150 Juta Di Malaysia
BAC, peneraju global dalam penyelesaian penyejukan dan penyingkiran haba yang mampan, hari ini meraikan majlis pecah tanah bagi fasiliti pembuatan baharunya di Nilai, Negeri Sembilan. Dengan pelaburan yang dirancang berjumlah USD150 juta, projek ini mencerminkan komitmen jangka panjang BAC terhadap Malaysia serta mengukuhkan strateginya untuk memenuhi keperluan pelanggan di seluruh APAC dengan lebih baik.
Majlis pecah tanah tersebut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Puan Zuaida Abdullah; Presiden BAC, Don Fetzer; Naib Presiden Global serta Ketua APAC, Ted Lim; ahli-ahli Pasukan Kepimpinan APAC; pelanggan; rakan perniagaan; serta tetamu kehormat lain, sekali gus menyerlahkan kepentingan pelaburan ini kepada sektor pembuatan maju Malaysia.
Projek ini akan dibangunkan di atas tapak seluas 18.2 ekar dalam dua fasa. Fasa 1, yang disasarkan siap menjelang akhir 2027, merangkumi fasiliti pembuatan seluas 30,000 meter persegi serta pejabat kejuruteraan dan pembuatan serantau. Fasa 2 akan memberi tumpuan kepada penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta peningkatan teknologi pembuatan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan masa depan, dengan fasiliti pembuatan teras dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.
Fasiliti baharu ini akan memperkukuh kapasiti pengeluaran BAC melalui integrasi teknologi pembuatan maju dan automasi. Ia akan menghasilkan portfolio produk BAC yang merangkumi menara penyejukan litar tertutup, penyejuk adiabatik, sistem penyejukan hibrid dan penyelesaian penyejukan cecair.
Fasiliti ini akan memperkukuh keupayaan pembuatan serantau, meningkatkan daya respons rantaian bekalan, memendekkan tempoh penghantaran serta menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan dalam pasaran pusat data, industri dan infrastruktur komersial di seluruh APAC.

Seiring perkembangan permintaan terhadap penyelesaian penyejukan mampan, fasiliti Nilai turut menempatkan kemudahan pembangunan dan pengujian produk beriklim terkawal terkini BAC di APAC. Makmal tersebut akan membolehkan pasukan kejuruteraan tempatan membangunkan, menguji dan mengesahkan teknologi penyejukan untuk iklim tropika serta aplikasi berketumpatan tinggi. Disokong oleh tenaga kerja mahir Malaysia, kemudahan ini bakal memperkukuh keupayaan kejuruteraan serantau BAC serta menyokong inovasi produk secara berterusan.

Dalam ucapan khasnya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) MIDA, Puan Zuaida Abdullah berkata:
“Pelaburan BAC mencerminkan peningkatan keyakinan terhadap Malaysia sebagai destinasi pembuatan yang bernilai tinggi dan mampan. Selain memperkukuh ekosistem perindustrian negara, teknologi penyejukan maju BAC akan menyokong sektor pertumbuhan tinggi seperti pusat data dan elektronik maju, di samping mempercepat penerimagunaan penyelesaian yang cekap tenaga dan air. “
“Pelaburan ini mewakili ‘kesan pengganda’ yang ingin kita pupuk, iaitu mewujudkan peluang pekerjaan kejuruteraan berkemahiran tinggi untuk bakat Malaysia serta membuka peluang rantaian bekalan baharu kepada PKS tempatan, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Dengan membantu industri mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecekapan sumber, BAC secara langsung menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050. MIDA kekal komited untuk memudah cara projek berkualiti yang mengutamakan kelestarian alam sekitar serta kemakmuran ekonomi yang inklusif.”

Presiden BAC, Don Fetzer, berkata:
“Malaysia memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan global jangka panjang BAC. Pelaburan ini mengukuhkan komitmen kami untuk memperluas operasi pembuatan, memperkukuh keupayaan inovasi serta menyokong pelanggan di seluruh dunia melalui penyelesaian penyejukan mampan yang memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang.”

Naib Presiden Global serta Ketua APAC, Ted Lim, berkata:
“Fasiliti baharu ini membolehkan kami mendekati pelanggan dan rakan kongsi di rantau ini. Dengan memperkukuh keupayaan pembuatan, kejuruteraan dan teknikal kami di APAC, kami dapat meningkatkan daya respons, mengeratkan kerjasama serta menawarkan penyelesaian bagi menyokong pertumbuhan infrastruktur perindustrian dan digital yang pesat di rantau ini.”
Fasiliti ini dijangka memperkukuh ekosistem pembuatan maju Malaysia, menyokong pembekal tempatan dan PKS, serta mewujudkan sehingga 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2035, termasuk dalam bidang kejuruteraan dan profesional.
Melalui kerjasama dengan universiti, program latihan industri dan persekitaran kerja yang menyokong kesejahteraan pekerja, BAC menegaskan komitmennya terhadap pembangunan bakat tempatan. Fasiliti ini juga menyasarkan pensijilan LEED Gold dan piawaian FM Approved, dengan ciri cekap tenaga yang direka untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan dan inovasi serantau.

Komitmen pelaburan BAC melangkaui pembinaan fasiliti pembuatan ini. Pelaburan berterusan sehingga 2035 dalam bidang automasi, R&D serta teknologi pembuatan maju akan mengukuhkan peranan fasiliti ini sebagai hab pembuatan serantau BAC, sekali gus meningkatkan daya tahan rantaian bekalan dan membolehkan BAC memenuhi keperluan pelanggan di seluruh APAC dengan lebih baik.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch