Monorel Putrajaya Tidak Berdaya Maju Untuk Diteruskan – MOT
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Projek monorel Putrajaya yang terbengkalai sejak 2004 didapati tidak berdaya maju untuk diteruskan berdasarkan keadaan infrastruktur rel sedia ada, termasuk terowong bawah tanah yang telah lama terbiar.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan dapatan itu diperoleh menerusi Kajian Pengangkutan Awam di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang yang turut menilai kebolehlaksanaan sistem monorel berkenaan.
“Ia memerlukan kajian lanjutan terperinci seperti ujian integriti struktur untuk mengenal pasti keadaan sebenar struktur yang sudah lama terbengkalai,” menurut MOT.
Perkara itu bagi menjawab soalan Senator Datuk Prof Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman yang ingin tahu sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk meneruskan semula projek monorel Putrajaya yang terbengkalai dengan memperluas rangkaiannya bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.
Sebagai alternatif, kementerian itu memaklumkan perkhidmatan Bas Nadi Putra kini melibatkan tujuh laluan dengan 26 bas dan merekodkan purata 2,246 penumpang pada hari bekerja.
Perkhidmatan bas perantara pula merangkumi dua laluan dengan lapan bas dan purata 1,173 penumpang, manakala ‘Rapid On-Demand’ melibatkan tiga laluan dengan sembilan van serta purata 315 penumpang pada hari bekerja.
“Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti dan ketersambungan pengangkutan awam di Putrajaya melalui penyelesaian mobiliti yang lebih fleksibel dan menyeluruh,” menurut kementerian itu.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch