PRN Johor: Pengundi Muda Cenderung Utamakan Calon, Buat Keputusan Saat Akhir – Ilham Centre
JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) — Kelompok pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semakin memperlihatkan corak pengundian yang terlalu berorientasikan calon dan cenderung membuat keputusan pada saat akhir, menurut kajian Ilham Centre.
Ilham Centre dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendirian golongan berkenaan didapati berbeza dengan generasi terdahulu, malah tiada pilihan mutlak dalam kalangan pengundi muda.
Menurut pusat penyelidikan itu, pengaruh pilihan tradisi keluarga kini semakin minimum manakala identiti parti bukan lagi faktor dominan, sebaliknya pertimbangan terhadap calon menjadi keutamaan.
“Mereka menilai keupayaan calon berkomunikasi, rekod perkhidmatan, keterlihatan di kawasan (dan media sosial) serta kesungguhan menyelesaikan isu setempat.
“Akibatnya, keputusan saat akhir dalam kalangan pengundi muda sering menghasilkan pecahan sokongan yang lebih sekata dan sukar dijangka tanpa memberikan kelebihan mutlak kepada mana-mana blok politik,” menurut kenyataan itu hari ini.
Ilham Centre memaklumkan dalam keadaan itu, kelebihan jelas berpihak kepada penyandang yang mempamerkan prestasi cemerlang.
“Mereka yang mempunyai rekod kerja, mudah ditemui rakyat dan aktif sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat memperoleh tahap kepercayaan lebih tinggi, termasuk dalam kalangan pengundi muda.
“Rekod prestasi menjadi modal politik yang jauh lebih bernilai berbanding jenama parti semata-mata,” menurutnya bahawa calon baharu berdepan cabaran lebih besar untuk memperkenalkan keupayaan diri.
Pusat penyelidikan itu menjelaskan tempoh kempen yang singkat menyebabkan ramai calon baharu masih bergelut untuk membina pengenalan, kredibiliti dan keyakinan pengundi.
Dalam persaingan semakin berorientasikan calon, kenyataan itu menyebut kekuatan individu calon kini menjadi penentu utama khususnya di kerusi marginal yang mempunyai komposisi pengundi muda tinggi.
Walaupun sebahagian besar daripada golongan itu tidak mempunyai kesedaran politik yang mendalam, kajian Ilham Centre mendapati keinginan untuk keluar mengundi adalah tinggi.
“Mereka melihat proses mengundi sebagai tanggungjawab sivik, namun belum membentuk kesetiaan yang kukuh kepada mana-mana parti politik. Satu lagi ciri penting ialah mereka merupakan kumpulan yang membuat keputusan pada saat akhir.
“Keputusan politik lazimnya hanya dimuktamadkan pada penghujung tempoh kempen selepas mereka menilai calon,” menurut pusat penyelidikan itu.
Mengikut data pemilih berdaftar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 1,297,931 pengundi merupakan kelompok yang berusia antara 18 hingga 39 tahun.
PRN Johor yang melibatkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan seramai 172 calon bertanding, dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing meletakkan calon di kesemua kerusi DUN.
Turut bertanding ialah Perikatan Nasional yang mempertaruhkan 33 calon, Parti Bersama Malaysia (Bersama) (15), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) (empat), manakala Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing meletakkan seorang calon, selain enam calon Bebas.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch