Posted On 8 July 2026

Kes Yayasan Akalbudi: Permohonan Ahmad Zahid, AG Untuk Kebenaran Merayu Didengar 8 Okt

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Kes Yayasan Akalbudi: Permohonan Ahmad Zahid, AG Untuk Kebenaran Merayu Didengar 8 Okt

Kes Yayasan Akalbudi: Permohonan Ahmad Zahid, AG Untuk Kebenaran Merayu Didengar 8 Okt

PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) — Mahkamah Persekutuan menetapkan 8 Okt ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Peguam Negara (AG) bagi kebenaran merayu terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang membenarkan Majlis Peguam memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan pendakwaan untuk menghentikan kes rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi, yang mewakili Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dan peguam S.Abhilaash yang mewakili Majlis Peguam, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa permohonan kedua-dua pihak akan didengar secara bersama pada tarikh berkenaan.

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes hari ini yang berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Rahimah Rahim.

Pada 7 Mei lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Peguam memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan AG pada 4 Sept 2023 yang menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Jun 2024 yang menolak permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.

Ahmad Zahid, yang juga responden kedua dicadangkan dalam prosiding semakan kehakiman itu, telah memfailkan permohonan berasingan untuk mendapatkan kebenaran merayu pada 25 Mei lepas.

Beliau mengemukakan lima persoalan undang-undang bagi menyokong permohonan kebenaran merayu mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Mohd Dusuki, yang memfailkan permohonan berasingan, membangkitkan dua persoalan penting perundangan melibatkan kuasa budi bicara Pendakwa Raya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut memohon agar semua prosiding di Mahkamah Tinggi digantung sementara menunggu keputusan permohonan bagi kebenaran merayu itu.

Majlis Peguam pula memohon deklarasi mahkamah bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) membenarkan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi adalah terbatal serta tidak sah.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara berhasrat untuk menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid bagi meneliti bukti baharu.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

COVID-19 ‘Cicada’ Dikesan Di 25 Negara

COVID-19 'Cicada' Dikesan Di 25 NegaraVarian baharu virus COVID-19 yang dinamakan BA.3.2 atau digelar 'Cicada'…

Lain Macam, Tuan Rumah Sediakan Booth Aiskrim “Rare” Untuk Tetamu 

[ad_1] Lain Macam, Tuan Rumah Sediakan Booth Aiskrim “Rare” Untuk Tetamu  Kebiasaannya apabila menghadiri mana-mana…

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini

[ad_1] Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini Sultan Selangor,…