Posted On 22 June 2026

EMI Music Malaysia Serah Royalti Karya Sudirman Kepada Waris, Pelihara Legasi Penghibur Rakyat

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> EMI Music Malaysia Serah Royalti Karya Sudirman Kepada Waris, Pelihara Legasi Penghibur Rakyat

EMI Music Malaysia Serah Royalti Karya Sudirman Kepada Waris, Pelihara Legasi Penghibur Rakyat

EMI Music Malaysia, salah satu label di bawah naungan Universal Music Malaysia, hari ini menyerahkan royalti kepada ahli keluarga Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam memastikan hak dan hasil karya Penghibur Rakyat itu terus dinikmati oleh warisnya.

Majlis penyerahan royalti tersebut turut mencerminkan usaha berterusan EMI Music Malaysia dalam memelihara dan menguruskan katalog muzik Allahyarham Sudirman agar terus relevan dan dapat dinikmati oleh generasi masa kini serta akan datang.

Sebagai antara artis rakaman paling berpengaruh di Malaysia, karya-karya Allahyarham Sudirman sebelum ini diterbitkan di bawah EMI Records, yang kini merupakan sebahagian daripada Universal Music Group. Sehubungan itu, EMI Music Malaysia terus menguruskan katalog muzik beliau termasuk aspek pendigitalan, pemulihan audio, penerbitan semula karya-karya ikonik serta peluang pelesenan bagi memastikan legasi seni beliau terus berkembang dalam era digital.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, penyerahan royalti tersebut bukan sekadar memenuhi tanggungjawab syarikat kepada waris, malah merupakan penghargaan terhadap sumbangan besar Allahyarham kepada industri muzik tempatan. “Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad merupakan ikon seni yang telah membentuk landskap muzik Malaysia dan meninggalkan khazanah budaya yang amat bernilai. Sebagai pemegang katalog karya beliau, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan hak royalti terus disalurkan kepada keluarga di samping memelihara serta memperkenalkan semula muzik beliau kepada generasi baharu.

“Kami mahu karya-karya Sudirman terus didengari, dihargai dan kekal relevan merentasi zaman. Legasi beliau bukan sekadar milik industri muzik, tetapi juga sebahagian daripada warisan budaya negara,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa EMI Music Malaysia sedang merancang pelbagai inisiatif untuk memperkenalkan muzik Sudirman kepada khalayak baharu termasuk kempen digital, penggubahan semula audio ke format terkini, peluang pelesenan kreatif dalam filem, drama dan kandungan digital, serta kerjasama bersama bakat-bakat muda.

Sementara itu, wakil keluarga Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad, Haji Razman Azrai Zainuddin atau Atai, menyifatkan penyerahan royalti tersebut sebagai satu penghargaan bermakna terhadap hasil usaha dan karya yang ditinggalkan Allahyarham. “Kami amat menghargai usaha EMI yang terus menguruskan karya-karya Allahyarham dengan baik dan memastikan hak royalti disalurkan kepada keluarga. Ini membuktikan bahawa legasi beliau masih terus dihargai dan mendapat tempat di hati masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, sokongan berterusan rakyat Malaysia terhadap Allahyarham merupakan sesuatu yang amat bermakna buat keluarga. “Walaupun sudah sekian lama beliau meninggalkan kita, kasih sayang masyarakat terhadap Allahyarham masih begitu kuat. Karya-karya beliau bukan sahaja membawa nostalgia kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagunya, malah membuka peluang kepada generasi muda untuk mengenali sejarah, budaya dan identiti Malaysia dengan lebih mendalam,” tambahnya.

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan legasi Allahyarham kepada generasi muda, majlis tersebut turut menampilkan program Bintang Uni-verse Pencarian Sudirman 2.0 yang menghimpunkan penyertaan daripada lima institusi pengajian tinggi awam. Program itu memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk menghayati dan mempersembahkan semula karya-karya Allahyarham Sudirman dalam pendekatan yang lebih segar dan relevan.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Datuk Aznil Haji Nawawi yang berkongsi pandangan mengenai pengaruh besar Allahyarham Sudirman terhadap dunia seni tanah air. “Walaupun saya tidak mengenali Allahyarham secara peribadi, saya merupakan peminat tegar beliau sejak dahulu. Banyak nilai kerja yang saya amalkan hari ini adalah hasil daripada pemerhatian terhadap disiplin, kreativiti dan dedikasi beliau. Acara penghargaan legasi seperti ini sangat penting agar bakat dan kerja keras Allahyarham dapat terus menjadi kompas kepada generasi baharu,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan dengan persembahan khas daripada seorang busker dan pencipta kandungan digital yang terkenal kerana memiliki suara yang menyerupai Allahyarham Sudirman, membawakan beberapa lagu ikonik yang pernah menjadi siulan rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, keluarga Allahyarham turut berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha penerbitan filem yang mengangkat kisah kehidupan dan perjalanan seni Dato’ Sudirman Hj. Arshad. Projek tersebut kini berada di peringkat pembangunan awal dengan sokongan FINAS, khususnya dalam aspek pembangunan skrip.

Majlis penyerahan royalti ini menjadi simbol penghargaan berterusan terhadap sumbangan Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad serta komitmen semua pihak dalam memastikan karya dan legasi beliau terus hidup serta dihargai oleh generasi akan datang.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan HilangKUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Polis memohon bantuan…

Tarikh Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025

[ad_1] Tarikh Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025 Berita gembira buat semua pelajar, guru dan warga…

Rekap Angka Harian: Catatan Buat yang Teliti

Kalau kamu mau bikin rekap angka harian yang rapi dan teliti, ini format yang biasanya…