SME Corp. Malaysia Peruntuk RM12 Juta Untuk Perniagaan Belia Bumiputera
SME Corp. Malaysia, salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah memperuntukkan dana sebanyak RM12 juta bagi terus memperhebat pembangunan usahawan dan perniagaan tempatan. Peruntukan yang bakal memanfaatkan 500 usahawan belia Bumiputera ini disalurkan menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Skala (TUBE-S) yang diadakan secara serentak di tiga Zon iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula 4 hingga 10 Mei 2026.
Majlis Peluncuran Penutupan Program TUBE-S dan Program Tunas Usahawan (PROTAS) MAIWP Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat hari ini. Program TUBE-S yang diperkenalkan pada tahun ini adalah
kesinambungan daripada Program TUBE terdahulu yang merupakan program latihan keusahawanan menyasarkan golongan belia Bumiputera berumur di antara 18 – 30 tahun.
YBrs. Encik Rizal dalam ucapannya berkata, “Program TUBE yang bermula sejak tahun 2014 telah menjadi inisiatif Kerajaan yang berimpak tinggi untuk melatih usahawan belia Bumiputera. Sehingga tahun 2025, seramai 9,043 belia telah mendapat manfaat, melahirkan sebanyak 8,805 perniagaan baharu serta penciptaan lebih 20,000 peluang pekerjaan. Malah, usahawan belia di bawah Program ini telah berjaya menjana jualan terkumpul mencecah RM252 juta setakat ini”.
“Falsafah SME Corp. Malaysia adalah untuk menyokong PMKS dari titik mula sehingga mereka mampu berdiri megah sebagai pemain industri. Kami bukan sekadar memberi geran, tetapi membina keyakinan, disiplin dan daya tahan. Saya juga menyeru agar peserta program menjadikan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini sebagai bekalan paling bernilai yang perlu dibawa pulang dan diamalkan dalam perniagaan”, tambah beliau.
Program TUBE-S Zon Semenanjung telah disertai oleh seramai 342 belia Bumiputera dan 50 usahawan asnaf di bawah Program Tunas Usahawan (PROTAS) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pada masa yang sama, Program TUBE-S di negeri Sabah dan Sarawak pula masing-masing telah berjaya melatih seramai 102 dan 43 belia Bumiputera.
Hadir sama di Majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, YBrs. Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan YBrs. Prof Madya Dr. Mahazir Ismail, Rektor UiTM Cawangan Kedah.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch