Fail UFO Dedah Pengalaman Angkasawan Apollo Lihat Objek Misteri Di Angkasa
Kumpulan pertama fail sulit berkaitan UFO yang selama ini dinanti-nantikan oleh orang ramai telah didedahkan pada Jumaat lalu.
Fail tersebut telah mendedahkan pengalaman saksi yang mengejutkan mengenai fenomena yang tidak dapat dijelaskan, termasuk semasa misi bulan Apollo.
Memetik laporan Daily Mail, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah mengeluarkan ratusan halaman dokumen, gambar dan rakaman audio yang didakwa bukti penampakan makhluk asing sejak tahun 1940-an.
Antara yang mencuri tumpuan ialah transkrip misi bulan Apollo 12 dan Apollo 17.
“Fail tersebut juga mengandungi satu koleksi imej yang diambil oleh angkasawan di bulan dan turut mendedahkan beberapa penemuan objek pelik yang dikatakan dilihat berlegar sewaktu pendaratan mereka,” lapor Daily Mail lagi.
Sewaktu misi Apollo 17 pada tahun 1972, angkasawan Gene Cernan, Jack Schmitt dan Ron Evans melaporkan melihat satu objek terang yang berputar dan berkelip di angkasa lepas.
Cernan juga berkata, dia turut melihat objek itu dan ia jelas bukan zarah yang berada berdekatan kerana ada satu lagi objek yang yang boleh dilihat untuk membuat perbandingan tiga dimensi.
“Objek itu terang, jelas sedang berputar kerana ia berkelip. Malah, ia juga berada jauh seperti yang saya katakan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, ia tampak seperti berputar dengan laju kerana kelipan itu datang tepat pada masanya.

“Ketika kami memandang kembali ke arah Bumi, objek itu berada sekitar kedudukan pukul 11, kira-kira mungkin 10 atau 12 diameter Bumi jauhnya. Saya tidak pasti sama ada itu membantu atau tidak, tetapi memang ada sesuatu di luar sana,” ujarnya.
Semasa pendaratan bulan pada tahun 1972, yang merupakan kali terakhir NASA menghantar manusia ke permukaan bulan, kru Apollo 17 juga melaporkan melihat beberapa objek kecil bergerak berhampiran kapal angkasa semasa penerbangan mereka.
“Ada beberapa serpihan yang terang dan sesuatu yang melayang ketika kami sedang lakukan operasi,” tambah Ron.
Angkasawan itu mendedahkan bahawa sejurus selepas mereka mengaktifkan pendorong untuk menukar arah, kru mula melihat zarah terang dan serpihan bersudut bergerigi melayang melepasi tingkap.

Jack berkata ia kelihatan seperti “Fourth of July” di luar tingkap Evans, dengan kepingan besar yang terang berpusing perlahan di sekitar kapsul.
Angkasawan itu juga menyifatkan objek aneh itu sebagai kepingan bahan pepejal, bukan cecair, sangat terang, dan kebanyakannya bergerak bersama kapal angkasa tetapi ada yang bergerak lebih laju melintas. Evans turut dilaporkan mengambil gambar objek-objek tersebut.
Malah, tiga tahun lebih awal, misi Apollo 12 ke bulan juga dilaporkan dengan berita penampakan objek aneh ketika mereka menghampiri permukaan bulan.
Seorang angkasawan mendedahkan bahawa sejurus selepas mereka mengaktifkan pendorong untuk menukar arah, kru mula melihat zarah terang dan serpihan bersudut bergerigi melayang melepasi tingkap.
Semasa melihat melalui sebuah teleskop khas yang dikenali sebagai Alignment Optical Telescope di bahagian langit yang gelap, seorang angkasawan dalam modul lunar melaporkan melihat cahaya berkilat dan zarah yang melintas laju.
Tiga orang kru termasuk Pete Conrad dan Alan Bean dalam kapal angkasa bernama “Intrepid” serta Dick Gordon berada dalam “Yankee Clipper,” berkata objek-objek itu kelihatan datang dari belakang kapal angkasa, sebelum bergerak pantas ke angkasa lepas.
“Mereka benar-benar meluncur keluar dari sini dan terus meluru ke arah bintang-bintang,” kata Bean.
Sementara itu, setiausaha akhbar NASA, Bethany Stevens, berkata NASA memuji arahan seluruh kerajaan Presiden Trump untuk membawa lebih ketelusan kepada rakyat Amerika mengenai fenomena anomali tidak dikenal pasti (UAP).
“NASA menyumbang kepada usaha antara agensi yang diketuai oleh Jabatan Perang dan Pejabat Penyelesaian Anomali Semua Domain (AARO), dan kami menyokong usaha mereka untuk berkongsi lebih banyak maklumat dengan orang awam.
“NASA akan terus menjalankan misi kami untuk meneroka dan mencari, memajukan pemahaman kita tentang planet ini dan alam semesta di sekeliling kita,” tambahnya.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch