Posted On 1 May 2026

Persediaan Emosi Jemaah Penting Dalam Menghadapi Cabaran Haji

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Persediaan Emosi Jemaah Penting Dalam Menghadapi Cabaran Haji

Persediaan Emosi Jemaah Penting Dalam Menghadapi Cabaran Haji

MAKKAH, 1 Mei (Bernama) — Persediaan emosi jemaah dikenal pasti sebagai elemen penting dalam memastikan kelancaran ibadah haji, seiring dengan keperluan fizikal yang sering diberikan penekanan.

Pengurus Kaunseling Tabung Haji (TH) Azlina Abdul Hamid berkata jemaah berdepan pelbagai perubahan mendadak sebaik tiba di Tanah Suci, termasuk cuaca, rutin harian dan persekitaran baharu.

Beliau berkata keadaan itu boleh mencetuskan rasa cemas, tertekan dan rindu kepada keluarga, khususnya bagi jemaah yang kali pertama menjejakkan kaki ke luar negara.

“Ada jemaah yang nampak ceria, sentiasa senyum dan ketawa, tetapi sebenarnya memendam rasa. Mereka mungkin menanggung keletihan emosi atau kerinduan yang tidak diluahkan.

“Kami sentiasa memberikan sokongan emosi kepada jemaah melalui sesi kaunseling, lawatan bilik ke bilik serta interaksi santai bagi mengenal pasti perubahan tingkah laku mereka,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Azlina berkata pendekatan proaktif itu penting kerana tidak semua jemaah tampil mendapatkan bantuan secara sukarela.

Selain itu, beliau berkata kerjasama dengan pasukan perubatan dan pembimbing ibadah turut dilaksanakan bagi memastikan setiap isu ditangani secara menyeluruh.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan bakal jemaah supaya membuat persediaan mental lebih awal, termasuk membina sikap sabar dan berlapang dada.

“Bila emosi stabil, jemaah bukan sahaja lebih tenang, malah dapat melalui setiap fasa ibadah dengan lebih teratur dan bermakna,” katanya.

Operasi Haji 1447/2026 bermula secara rasmi pada 18 April, dengan 31,600 jemaah haji Malaysia berlepas secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Silat Di Kubur: Beri Ruang Penguatkuasa Agama Jalankan Siasatan, Jangan Buat Spekulasi

[ad_1] Silat Di Kubur: Beri Ruang Penguatkuasa Agama Jalankan Siasatan, Jangan Buat Spekulasi KOTA TINGGI,…

Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan

[ad_1] Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan ANKARA,…

Zara Qairina Ditemukan Dalam Longkang, Tidak Sedarkan Diri – Pengawal Keselamatan

[ad_1] Zara Qairina Ditemukan Dalam Longkang, Tidak Sedarkan Diri – Pengawal Keselamatan KOTA KINABALU, 10…