Posted On 25 April 2026

Lebih Setengah Juta Dewasa Hidap Empat Penyakit Tidak Berjangkit – Dzulkefly

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Lebih Setengah Juta Dewasa Hidap Empat Penyakit Tidak Berjangkit – Dzulkefly

Lebih Setengah Juta Dewasa Hidap Empat Penyakit Tidak Berjangkit – Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Malaysia berdepan krisis kesihatan awam yang membimbangkan apabila penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi, obesiti dan penyakit jantung terus menjadi ancaman utama kesihatan rakyat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), lebih setengah juta orang dewasa di negara ini menghidap sekurang-kurangnya empat NCD utama secara serentak.

Beliau berkata statistik turut menunjukkan satu daripada enam orang dewasa menghidap diabetes, manakala satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi.

“Situasi ini bukan sekadar isu kesihatan peribadi, tetapi turut memberikan kesan besar kepada ekonomi negara yang dianggarkan menanggung kerugian kira-kira RM64.2 bilion setiap tahun akibat NCD,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Resipi ‘Mai Kurang’ dan Program Rewang Bersama Komuniti di Memorial Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata antara punca utama peningkatan NCD ialah tabiat pemakanan rakyat yang masih tidak sihat, termasuk pengambilan gula dan garam berlebihan.

“Data NHMS 2024 menunjukkan 47 peratus orang dewasa mengambil gula melebihi saranan, manakala tiga daripada empat orang dewasa mengambil garam berlebihan,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu memerlukan pendekatan lebih menyeluruh bagi mengubah tingkah laku kesihatan rakyat, bukan sekadar kempen kesedaran.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) kini memberikan tumpuan kepada pendekatan choice architecture bagi menggalakkan pilihan makanan lebih sihat dalam kalangan rakyat.

Kredit: Bernama

Dalam pada itu, beliau berkata pelancaran Buku Resipi ‘Mai Kurang’ adalah antara intervensi penting bagi menyokong usaha berkenaan.

“Buku ini merupakan instrumen intervensi yang memudahkan rakyat menyediakan hidangan sihat, rendah gula, garam dan kalori dengan cara mudah serta menepati cita rasa tempatan,” katanya.

Dzulkefly berkata usaha menangani NCD memerlukan peralihan daripada pendekatan rawatan penyakit kepada pencegahan dan kesejahteraan yang memerlukan kerjasama semua pihak termasuk sektor swasta, komuniti dan individu.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Selalu Buat Puding Karamel Telur, Jom Cuba Versi ‘Cheese’ Yang Lebih Sedap

[ad_1] Selalu Buat Puding Karamel Telur, Jom Cuba Versi ‘Cheese’ Yang Lebih Sedap Kalau sebelum…

Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula, Wanita Menang Ultramaraton

[ad_1] Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula, Wanita Menang Ultramaraton Dalam dunia yang serba…

Jangan Tolak Tawaran MRSM Kerana Kemiskinan, MARA Sedia Bantu – Asyraf Wajdi

Jangan Tolak Tawaran MRSM Kerana Kemiskinan, MARA Sedia Bantu – Asyraf Wajdi Ibu bapa diminta…