Ketua Pengarah JAS Didakwa Terima Suapan RM100,000
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 berhubung penyediaan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Januari tahun lepas.
Tertuduh, 59, sebagai pegawai badan awam didakwa menerima suapan itu daripada Pengarah Syarikat Sunrich Conquest Sdn Bhd Khor Chong Hai, melalui seorang pengurus projek di syarikat sama, sebagai upah mempertimbangkan rayuan untuk pengecualian penyediaan laporan itu.
Laporan berkenaan melibatkan permohonan kebenaran merancang bagi cadangan pembinaan Jalan Berkembar Bukit Kukus dan kerja tanah untuk mitigasi di atas tanah kerajaan, Jalan Bukit Kukus, Mukim 13 di Daerah Timur Laut, Paya Terubong, Pulau Pinang, yang dimohon oleh Geo Valley Sdn Bhd melalui surat bertarikh 22 Nov 2024.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabatnya di Wisma Sumber Asli, Persiaran Perdana, Putrajaya, pada 15 Jan 2025 mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM100,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin, dengan mengambil kira kedudukan tertuduh serta jumlah suapan yang terlibat.
“Pendakwaan juga mohon syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai,” katanya.
Peguam Mohd Firdaus Ahmad yang mewakili tertuduh memohon jaminan antara RM20,000 hingga RM30,000 atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch