Posted On 1 April 2026

COVID-19 ‘Cicada’ Dikesan Di 25 Negara

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> COVID-19 ‘Cicada’ Dikesan Di 25 Negara

COVID-19 ‘Cicada’ Dikesan Di 25 Negara

Varian baharu virus COVID-19 yang dinamakan BA.3.2 atau digelar ‘Cicada kini dikesan di sekurang-kurangnya 25 buah negara di seluruh dunia, lapor detikhealth.

Varian ini menjadi perhatian kerana sempat “hilang” atau tidak dikesan dalam tempoh yang lama sebelum kembali menular dengan lebih meluas.

Nama ‘Cicada’ (Riang-riang) digunakan sebagai analogi kepada serangga yang bersembunyi lama di bawah tanah sebelum muncul ke permukaan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), walaupun ia mempunyai banyak mutasi dan berpotensi lebih mudah berjangkit atau menyebabkan jangkitan semula.

Data awal menunjukkan varian ini tidak menyebabkan gejala yang lebih teruk.

Bagaimanapun, para pakar menegaskan bahawa situasi ini perlu dipantau dengan teliti, namun belum ada sebab untuk panik.

Apa Itu Varian BA.3.2 ‘Cicada’?

BA.3.2 merupakan sub-keturunan daripada Omicron. Varian ini pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan pada November 2024, dan sempat tidak dikesan sebelum mula merebak secara meluas pada tahun 2025.

Menurut laporan pengawasan terbaharu CDC, varian ini telah ditemui di sekurang-kurangnya 25 negara.

Kes mula meningkat sejak sekitar September 2025, dikesan melalui sampel klinikal, pemeriksaan pengembara, hingga pemantauan udara di pelbagai wilayah.

Dalam analisis yang diterbitkan dalam The Lancet Infectious Diseases, BA.3.2 disebut sebagai ‘varian saltasi berpotensi’ kerana mengalami banyak mutasi dalam masa yang singkat.

Disebutkan bahawa BA.3.2 mempunyai sekitar 70-75 mutasi protein pepaku (spike protein), jauh lebih banyak daripada varian sebelumnya. Mutasi ini berpotensi meningkatkan kemampuan virus untuk mengelak sistem imun daripada jangkitan terdahulu atau vaksin.

Laporan CDC menyatakan keadaan ini boleh mencetuskan “pelolosan imun”. Sementara itu, kajian dalam The Lancet menyebut BA.3.2 menunjukkan keupayaan mengelak antibodi yang kuat.

Walau bagaimanapun, data makmal juga menunjukkan virus ini kurang efisien dalam mengikat reseptor ACE2 di sel paru-paru, yang merupakan pintu masuk utama virus ke dalam badan manusia.

Negara Mana Yang Dikesan Merebak?

Menurut laporan Business Standard, varian BA.3.2 telah dikesan di pelbagai kawasan dunia termasuk Afrika, Eropah, Amerika Utara, Asia, hingga Oceania.

Ia pertama kali ditemui di Afrika Selatan (November 2024) dan merebak ke Mozambique, Belanda, Jerman, Amerika Syarikat, dan negara lain.

Setakat ini, ia sudah dikesan di 25 negara. Di Eropah, varian ini menunjukkan penyebaran tempatan pada akhir 2025 hingga awal 2026, namun ia tidak diikuti dengan lonjakan kes kemasukan ke hospital.

Gejala/Simptom

Setakat ini, gejala jangkitan BA.3.2 tidak menunjukkan perbezaan dengan varian Omicron sebelum ini, seperti;

  • Sakit tekak

  • Demam dan menggigil

  • Keletihan

  • Batuk

  • Sakit badan

  • Hidung tersumbat

Beberapa pesakit juga melaporkan sakit kepala, loya ringan, hingga sesak nafas dalam kes-kes tertentu.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

[ad_1] Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China SEPANG, 26…

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran…

Inisiatif Kebersihan Tangan Lifebuoy Capai 1 Juta Pelajar

[ad_1] Inisiatif Kebersihan Tangan Lifebuoy Capai 1 Juta Pelajar Lifebuoy, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM),…