Khairy Mahu Kembali Ke UMNO, Shahril Masih Selesa Di Luar Politik
Khairy Jamaluddin menyatakan hasrat untuk kembali ke UMNO ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung.
Menerusi audio siar Keluar Sekejap, Khairy berkata hasrat itu sememangnya pernah disebut olehnya sejak sekian lama.
“Bila sudah diundang begitu, maka saya dah lama sebut bahawa saya ingin kembali ke UMNO.
“Saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif dan satu peluang yang murni bagi saya secara peribadi.
“Jadi bolehlah mula draf, saya nak tengok draf surat itu,” katanya.
Suatu hari nanti, bukan sekarang- Shahril
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pula berkata beliau masih selesa di luar politik ketika ini.
“Bagi saya secara peribadi, saya sangat menghargai dan menghormati gesture yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid tetapi saya agak selesa di luar politik pada ketika ini.
“Suatu hari nanti Wallahu’alam, tapi bukan sekarang,” katanya.
Menerusi kenyataan Ahmad Zahid pada Jumaat, beliau berkata UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahlian serta individu yang ingin bersama dalam perjuangan parti untuk menyertai UMNO.
Menurutnya, dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan serta perbezaan lalu dimaafkan sepenuhnya bagi membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kembali keluarga besar UMNO.
“Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, serta memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan negara,” katanya.
Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Jasa Impor China
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Jasa Backlink
Slot gacor terpercaya
Anime Batch