Posted On 23 February 2026

Lebih RM183 Juta Baki Geran Penyelidikan Gagal Dipulangkan

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Lebih RM183 Juta Baki Geran Penyelidikan Gagal Dipulangkan

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Jabatan Audit Negara memaklumkan setakat 30 Jun 2025, baki geran penyelidikan di empat kementerian yang tidak dipulangkan berjumlah RM183.11 juta yang melibatkan 7,904 projek.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, ia melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Audit memaklumkan baki geran penyelidikan yang tidak dipulangkan di keempat-empat kementerian menunjukkan kelemahan dalam pengurusan kawalan kewangan, pemantauan projek dan tatacara penutupan projek selain dana penyelidikan tidak digunakan secara cekap untuk memberi impak ditetapkan.

KPT mencatatkan baki tertinggi yang tidak dipulangkan berjumlah RM110.67 juta bagi 7,823 projek, melibatkan lima universiti penyelidikan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).

Selain itu, dua agensi pelaksana di bawah MITI mencatatkan baki geran berjumlah RM55.64 juta manakala MOSTI sebanyak RM14.33 juta dan KPKM melibatkan RM2.47 juta.

Analisis audit turut mendapati sejumlah RM9.72 juta atau 5.3 peratus ialah baki yang melebihi tempoh 10 tahun manakala RM89.82 juta atau 49 peratus ialah baki bagi tempoh antara lima hingga sembilan tahun.

Laporan itu memaklumkan baki geran penyelidikan yang tidak dipantau oleh kementerian berisiko digunakan untuk tujuan selain daripada kelulusan asal.

Di samping itu, baki geran penyelidikan MITI bagi Rancangan Malaysia ke-11 yang tidak dipulangkan iaitu RM55.64 juta melibatkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

Menurut laporan itu, agensi pelaksana telah menggunakan baki peruntukan bagi membiayai projek-projek baharu Rancangan Malaysia ke-12 tanpa kelulusan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Jasa Impor China

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Jasa Backlink

Slot gacor terpercaya

Anime Batch

Related Post

Tips agar Ibadah Haji & Umroh Anda Terasa Ringan » Nabawi Mulia

[ad_1] Sudah menjadi pemahaman umum di kalangan masyarakat bahwa pelaksanaan ibadah haji dan umroh selalu…

OMODA Dan JAECOO Perkukuh Momentum 2026, Model J5 Bakal Diperkenalkan

OMODA Dan JAECOO Perkukuh Momentum 2026, Model J5 Bakal Diperkenalkan OMODA & JAECOO Malaysia terus…

Siasatan Kes Ismail Sabri Selesai – SPRM

[ad_1] Siasatan Kes Ismail Sabri Selesai – SPRM PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan…