Posted On 11 February 2026

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan seluruh Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan, beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Negeri Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan diramal hujan.

“Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala di Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Di Negeri Sembilan, empat kawasan diramal hujan seperti Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Jempol.

“Beralih ke Sarawak, lokasi yang dijangka hujan adalah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Limbang.

“Bagi di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Keutamaan Berdoa di Raudhah » Nabawi Mulia

[ad_1] Ketika seseorang mendapatkan kesempatan mulia untuk mengunjungi salah satu kota suci yang penuh dengan…

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

[ad_1] Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow MOSCOW, 13 Mei (Bernama) — Lawatan…

Sam Edelman FW25 Hadir dengan Rekaan Elegan Penuh Pesona Untuk Semua Gaya

Rakyat Malaysia, bersedia untuk musim baru penuh gaya! Sam Edelman, pereka terkenal dari Amerika yang…