Posted On 5 February 2026

Pendakwah Bebas Direman Bantu Siasatan Salah Guna Kuasa

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Pendakwah Bebas Direman Bantu Siasatan Salah Guna Kuasa

Pendakwah Bebas Direman Bantu Siasatan Salah Guna Kuasa

ALOR SETAR, 5 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman dua individu termasuk seorang pendakwah bebas kerana disyaki bersubahat menyalah guna kuasa meluluskan kira-kira RM600,000 sebagai balasan bayaran mengumpul dana sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah, lapan tahun lepas.

Perintah reman hingga esok terhadap lelaki dan wanita berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Noorfazlina Musa, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi tadi.

Menurut sumber SPRM, kedua-duanya ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati masing-masing merupakan pengarah urusan syarikat dan ketua jabatan kewangan serta disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar September 2018,” katanya hari ini.

Lelaki berkenaan dipercayai menyalahgunakan jawatannya dan bersubahat dengan suspek kedua, meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 kepada suspek utama sebagai bayaran pengumpul dana tanpa mendapat kelulusan daripada rakan kongsi yang lain.

Difahamkan siasatan yang dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM telah bermula sejak Oktober tahun lepas.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Lewat 15 Minit, Pelajar UPSI Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut

[ad_1] Lewat 15 Minit, Pelajar UPSI Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut KOTA BHARU, 9 Jun…

Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan…

Ulama Malaysia, Sheikh Muhammad Fuad Raih Pengiktirafan Tertinggi Di Universiti Muhammad V, Rabat

Ulama Malaysia, Sheikh Muhammad Fuad Raih Pengiktirafan Tertinggi Di Universiti Muhammad V, Rabat Sheikh Muhammad…