Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Jan – METMalaysia
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan berlaku di kebanyakan kawasan seluruh negara, terutama di utara Semenanjung sehingga 25 Jan ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius dalam tempoh berkenaan.
“Bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku, terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 21 hingga 25 Jan.
Jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore, utara Bunguran, Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut hantaran itu.
Sementara itu, amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak lebih 4.5 meter.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut MetMalaysia.
BACA: Serpihan Dipercayai Milik Pesawat ATR 42-500 Yang Hilang Ditemukan Di Bukit Bulusaraung
BACA: Imam Selamatkan Masyarakat Kristian Di Masjid Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun
BACA: Lelaki Minta Sunting Gambar Mata Kelihatan Terbuka, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”
Sumber: Bernama
The post Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Jan – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film
Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.