OMODA Dan JAECOO Perkukuh Momentum 2026, Model J5 Bakal Diperkenalkan
OMODA & JAECOO Malaysia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan mencatat satu fasa pertumbuhan yang signifikan sejak kemasukan jenama ini ke pasaran tempatan pada tahun 2024, sekali gus memberi petunjuk jelas terhadap momentum yang lebih kukuh menjelang tahun 2026.
Jenama ini mencipta impak kukuh pada tahun pertama operasinya pada 2024 dengan merekodkan jualan melebihi 7,040 unit kenderaan.
Asas yang kukuh ini kemudiannya melonjak dengan ketara pada 2025 apabila jumlah jualan meningkat lebih 153 peratus tahun ke tahun, mencapai angka memberangsangkan sebanyak 17,849 unit terjual.
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh sambutan luar biasa terhadap model J7, dengan sebanyak 11,522 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara.
Seiring itu, J7 Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) turut menerima penerimaan positif apabila lebih 3,000 pelanggan memilih teknologi Super Hybrid termaju, sekali gus mengukuhkan kedudukan OMODA & JAECOO dalam segmen mobiliti elektrifikasi.

“Pertumbuhan kukuh kami pada tahun 2025 jelas membuktikan bahawa OMODA & JAECOO kini bukan lagi sekadar pendatang baharu, sebaliknya telah menjadi antara pilihan utama pemandu di Malaysia,” kata Men Lin Bo, Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia.
Beliau menambah, “Menjelang 2026, fokus kami adalah untuk memperkukuh kedudukan sebagai jenama automotif yang berakar umbi di Malaysia. Kami komited untuk berkembang bersama negara ini, dengan memastikan inovasi global kami disokong oleh rangkaian perkhidmatan dan pengedar yang benar-benar memahami keperluan komuniti tempatan.”
Meneruskan momentum ini, OMODA & JAECOO bersedia mencipta satu lagi pencapaian penting pada 2026 menerusi pengenalan model terbaharu, J5. Direka bagi meluaskan portfolio sedia ada serta memenuhi gaya hidup pelanggan yang kian berkembang, J5 dijangka memasuki pasaran dalam masa terdekat.
Tempahan bagi J5 kini dibuka secara rasmi pada harga anggaran RM120,000, memberikan peluang kepada pelanggan untuk menjadi antara yang terawal merasai bab seterusnya jenama ini.

“Pelancaran J5 mencerminkan komitmen kami dalam mempelbagaikan rangkaian model dengan menawarkan kenderaan yang bukan sahaja sarat dengan teknologi canggih, malah direka secara teliti untuk melengkapkan gaya hidup pelanggan yang moden dan berteraskan teknologi,” kata Chris Tan, Pengarah Kanan merangkap Ketua OMODA & JAECOO Malaysia.
Beliau menjelaskan, “Gabungan sistem infotainmen termaju, ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya, ruang kabin yang luas serta inovasi berorientasikan gaya hidup seperti kabin mesra haiwan peliharaan dan mod karaoke, menjadikan J5 penanda aras baharu bagi SUV segmen-B premium.”
Seiring peluasan kehadiran jenama ini di Malaysia, OMODA & JAECOO kekal komited untuk menawarkan rekaan inovatif, teknologi pintar serta pengalaman pemilikan premium yang selari dengan keperluan pemandu moden.
The post OMODA Dan JAECOO Perkukuh Momentum 2026, Model J5 Bakal Diperkenalkan appeared first on Siakap Keli.
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film
Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.