Posted On 31 December 2025

Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit

Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit

Mengetahui insan tersayang sedang berjuang menanggung sakit bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

Apatah lagi jika yang diuji itu adalah ibu bapa kita sendiri. Orang yang dulu gagah menjaga, mendukung dan membesarkan, kini terbaring lemah. Hati anak mana yang tidak luluh?

Sebenarnya, tiada siapa pun bersedia untuk berdepan detik getir kehilangan.

Kadang-kadang kita berpura-pura tenang di hadapan mereka supaya mereka kuat, sedangkan hakikatnya hati kita sudah berkecai. Kita sama-sama cuba bertahan, walau dalam jiwa penuh luka.

“Takda benda nak dikatakan, yang tinggal hanya berdoa…” – Anak

Baru-baru ini, tular video menyayat hati memaparkan seorang anak lelaki menyambut ulang tahun kelahiran ayahnya yang difahamkan sedang bertarung dengan penyakit kanser.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan si anak membawa sebiji kek sambil melangkah perlahan menuju ke bilik ayahnya. Dengan suara yang cuba ditenangkan, dia menyanyikan lagu ulang tahun “Allah selamatkan kamu…”

Pada awalnya, wajahnya masih mampu mengukir senyuman. Namun, sebaik sahaja bertentang mata dengan ayahnya, nada suaranya mula bergetar.

Senyum pudar, diganti sebak yang tak lagi mampu ditahan. Lagu yang cuba dihabiskan terputus apabila tangisnya pecah.

Happy birthday, ayah. Semoga ayah terus kuat dan cepat sembuh. Takda benda nak dikatakan, yang tinggal hanya berdoa,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

@hakimmuharam_

Happy birthday ayah . semoga ayah terus kuat dan cepat sembuh . takde benda nak dikatakan yang tinggal hanya berdoa . muharam bin shamsuri yang ke 49 26/12/1976 . #cancerfighter #fyp #brandatiktok

♬ bunyi asal – Surfgazer – Surfgazer⚡

Video tersebut pantas mencuri perhatian ramai. Ruangan komen penuh dengan doa, sokongan dan kata-kata semangat buat keluarga ini.

Bukan sedikit yang turut mengalirkan air mata melihat kasih seorang anak yang sedang bertarung dengan perasaannya sendiri.

“Dengan uniform balik kerjanya. Ya Allah. Itulah pasal kita kena hormat semua orang, di sebalik kerah tenaga tu banyak kesedihan yang dipikul. Semoga Allah merahmati awak sekeluarga, dik. Ayah kuat semangat ya.”

“Selamat hari jadi, pak cik. Tumpang kasih sayang seorang ayah ye dik. Semoga dengan izin Allah SWT dikirimkan kesihatan dan dipermudah urusan dunia akhirat, amin.”

Start yang second ayat “Allah selamatkan kamu” tu saya start keluar air mata. Lepas tu baca caption, lagilah laju air mata turun. Arwah bapa saya pun dulu kanser, tapi kuat macam ayah awak juga. Teruskan berjuang, berdoa dan tawakal. Semoga berkat kehidupan kalian sekeluarga, dunya wal akhirah. Aamiin.”

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Seperti kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita mungkin hanya melihat melalui ‘jauh’, tetapi mereka yang sedang menghadapinya, hanya Allah sahaja tahu kuatnya hati mereka.

Semoga keluarga ini terus diberikan kekuatan. Semoga si ayah dikurniakan kesembuhan, ketenangan dan rahmat yang berpanjangan. Dan semoga kita semua tidak lupa menghargai insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.

BACA: Niat Nak Jaga Mak Cik Sakit, Tahu-tahu Jadi ‘Pengasuh’ Satu Wad Di Hospital

Sumber: TikTok @hakimmuharam_

The post Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit appeared first on Siakap Keli.


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 – KPM

[ad_1] 102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47…

Sebarang Anasir Ancam Perpaduan Mesti Dibanteras Tanpa Kompromi – Agong

Sebarang Anasir Ancam Perpaduan Mesti Dibanteras Tanpa Kompromi - Agong KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama)…

Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan

[ad_1] Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan ANKARA,…