Posted On 17 December 2025

Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir serta amaran hujan berterusan di beberapa kawasan, termasuk di Pahang.

Menerusi video yang tular di media sosial, keadaan di Jalan Pekan–Kuantan dilaporkan sudah mula dinaiki air. Keadaan ini sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

@era.je

Jalan Pekan Kuantan mula dinaiki air. Hati-hati buat mereka yang melalui kawasan ini. #sharERA . Kredit tiktok adiedaaaaaa

♬ original sound – ERA – ERA

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian banjir berlaku akibat peningkatan paras air sungai, sekali gus menjejaskan keselamatan penduduk setempat.

Menurut beliau, setakat ini, sebanyak 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 1,817 mangsa banjir yang terjejas.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan dan penyelamat serta Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan jalan-jalan yang dinaiki air atau telah ditutup kepada lalu lintas, terutamanya di kawasan rendah serta berhampiran sungai dan parit besar.

Penutupan jalan ini dilakukan bagi mengelakkan risiko kemalangan, kerosakan kenderaan serta ancaman terhadap keselamatan nyawa.

Lapan jalan yang dikenal pasti terjejas 

1. KM 30 Jalan Kuantan–Maran (hadapan kilang Sawmill Seng Peng) – hanya boleh dilalui kenderaan berat.

2. KM 36 Jalan Kuantan–Maran (hadapan Bukit Gambang Resort) – tidak boleh dilalui semua kenderaan.

3. Jalan Air Hitam – kedalaman air dianggarkan dua kaki sepanjang kira-kira 200 meter, tidak boleh dilalui semua kenderaan.

4. Jalan Kampung Pasir Kemudi – dilimpahi air sepanjang 1.8 kilometer, paras air kira-kira 1.2 meter, laluan ditutup sepenuhnya.

5. Jalan Kampung Bukit Bangkong (perkampungan Orang Asli) – dilimpahi air sepanjang 1.5 kilometer, paras air sekitar 0.9 meter, laluan ditutup sepenuhnya.

6. Jalan Kuantan–Pekan – tidak boleh dilalui semua kenderaan.

7. KM 16 Jalan Sungai Lembing–Kuantan (berhampiran kilang papan Bukit Kuin) – dinaiki air sepanjang 100 meter dengan paras 0.5 meter dan arus deras, ditutup kepada kenderaan ringan.

8. Jalan hadapan UniPSAS menghala Pekan–Kuantan – dinaiki air dan ditutup di kedua-dua arah, tidak boleh dilalui semua kenderaan.

Dalam pada itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya mematuhi semua arahan pihak berkuasa, berpindah segera ke PPS apabila diarahkan serta tidak meredah banjir atau cuba melalui jalan yang dinaiki air.

Orang awam juga diminta mengelakkan aktiviti berhampiran arus deras, longkang, parit dan sungai, selain sentiasa memantau makluman rasmi daripada pihak berkuasa.

Sebarang kecemasan atau keperluan bantuan boleh dilaporkan kepada balai polis berhampiran atau melalui talian kecemasan 999.

PDRM IPD Kuantan memberi jaminan bahawa pemantauan dan penugasan anggota akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran operasi bantuan bencana.

Bekalan elektrik ditutup di beberapa kawasan

Dalam perkembangan berkaitan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Facebook rasmi TNB CareLine memaklumkan bahawa bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Kuantan terpaksa ditutup sementara berikutan hujan lebat dan banjir, sebagai langkah keselamatan kepada pengguna.

Antara kawasan yang terjejas bekalan elektrik ialah:

1. Sekolah Menengah Sri Damai

2. Sri Damai Sejahtera 1 dan 2

3. Lorong Sri Damai Jaya 9

4. Jalan Sri Damai Jaya 1/13

5. Mat Kilau

TNB turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket berada dalam keadaan basah atau dilitupi air serta kotoran banjir bagi mengelakkan risiko renjatan elektrik.

BACA: Amaran Hujan Berterusan Di 7 Negeri, 2 WP

Sumber: TikTok @era.je, Polis Kuantan/FB, TNB Careline/FB 

 

Tular keadaan semasa banjir Pahang, ini senarai jalan yang terjejas di Kuantan

The post Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang appeared first on Siakap Keli.


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Mydin Adakan Sidang Media Khas Esok

[ad_1] Mydin Adakan Sidang Media Khas Esok Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira…

Amar, Datuk Qobin Hampiri Madinah: Misi ‘Journey to Tanah Haram’ Penuh Ujian & Keajaiban

[ad_1] Amar, Datuk Qobin Hampiri Madinah: Misi ‘Journey to Tanah Haram’ Penuh Ujian & Keajaiban…

Hukum Berqurban: Wajib atau Sunnah? » Nabawi Mulia

[ad_1] Dalam persoalan hukum berqurban, para ulama terbagi ke dalam dua pendapat utama yang masing-masing…