Posted On 3 November 2025

Nicol David Organisation Memperluas Program Positive Play Secara Nasional

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Nicol David Organisation Memperluas Program Positive Play Secara Nasional



Nicol David Organisation Memperluas Program Positive Play Secara Nasional

Nicol David Organisation (NDO) akan memperluas model Positive Play (+Play)nya ke lebih banyak sekolah dan komuniti di seluruh negara bermula tahun hadapan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan. 

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hari ini mengumumkan hasratnya untuk bekerjasama dengan NDO bagi meningkatkan kesedaran dan kemudahan akses kepada aktiviti fizikal, sekaligus memberdayakan pelajar dan guru untuk membina Malaysia yang lebih sihat dan berdaya tahan. “Sukan dan kesihatan mental berkait rapat.

Oleh itu, Kementerian berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak ruang untuk guru meneroka bidang sukan sebagai pelantaran untuk melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi realiti kehidupan – termasuk kemahiran berbangkit semula, pemahaman peraturan dan interaksi fizikal,” kata YB Hannah Yeoh. 

Beliau juga menggesa bekas atlet kebangsaan dan organisasi lain untuk turut serta dalam meningkatkan nilai sukan, sambil membuka ruang untuk orang ramai turut serta dalam membentuk sebuah negara yang sihat.

NDO +Play Rancangan Perintis Menunjukkan Hasil Positif 

Sejak program perintis ini diperkenalkan pada April tahun ini, +Play NDO telah disertai lebih daripada 1,000 pelajar dan 106 guru di 30 sekolah di Kuala Lumpur, serta 3 sekolah di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kuching.

Hasil awal daripada program yang menggabungkan aktiviti fizikal dengan sesi psikologi positif ini menunjukkan bahawa program ini meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam bersukan sebanyak 15 peratus, meningkatkan daya ketahanan sebanyak 9 peratus dan meningkat kebahagiaan serta kepuasan hidup sehingga 8 peratus.

Topik pemikiran positif berjaya dihayati oleh ramai peserta, dan mendorong mereka untuk mengingat semula perkara utama dan merancang tindakan susulan daripada sesi tersebut. 

Guru-guru di sekolah terpilih yang menyertai sesi +Play Cikgu juga menunjukkan peningkatan dalam optimisme dan pemahaman tentang kepentingan aktiviti berkala.

Datuk Nicol David, Pengasas NDO dan bekas juara dunia skuasy berkata, “Kami teruja untuk membawa +Play ke seluruh negara, kerana ia berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai manfaat sukan, aktiviti fizikal dan pergerakan. 

“Sukan adalah kunci untuk menangani cabaran kesihatan mental yang semakin meningkat di Malaysia — terutamanya di kalangan kanak-kanak dan belia.

Apabila kanak-kanak bergerak, mereka bukan sahaja membina tubuh yang lebih kuat — tetapi juga minda yang lebih kuat. Melalui sukan, kita dapat mengajar disiplin, keyakinan, kerja berpasukan dan keseimbangan emosi,” kata Datuk Nicol.

Pengasas Bersama NDO, Mariana deReyes turut menyokong kenyataan ini dengan berkata, “Sukan bukanlah satu kemewahan. Ia adalah suatu keperluan. Ia bukan ‘tambahan’ selepas waktu sekolah atau bagi mereka yang berbakat sahaja, atau semata-mata untuk tujuan memenangi pingat. Setiap kanak-kanak layak bersukan — kerana ia adalah unsur asas untuk kehidupan yang sihat, yakin dan mampan.” 

Program NDO dikelolakan di sekolah, komuniti dan di kawasan terpencil lantas mewujudkan ruang yang selamat untuk kanak-kanak daripada semua latar belakang.

Menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2023, 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia kini mengalami cabaran kesihatan mental. Kajian yang sama juga menekankan bahawa obesiti dan tahap ketidakaktifan kian meningkat, dengan lebih setengah daripada orang dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes. 

Sementara itu, kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun di Malaysia memperoleh skor “D-” yang tidak memuaskan bagi aktiviti fizikal dan kesihatan mereka dalam Kad Laporan Aktiviti Fizikal Malaysia 2022 untuk Kanak-Kanak dan Remaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Active Healthy Kids Global Alliance. 

“NDO berharap dapat mainkan peranan sebagai jambatan antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan, untuk mengintegrasikan kesejahteraan berasaskan sukan ke dalam hari persekolahan — supaya setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses kepada latihan ketahanan fizikal dan mental,” kata Datuk Nicol.

The post Nicol David Organisation Memperluas Program Positive Play Secara Nasional appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran…

Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air

[ad_1] Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air Malang tidak berbau, itulah pepatah yang…

Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon

[ad_1] Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon Acara larian seperti Maraton (42KM)…