Posted On 18 October 2025

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 – KPM

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> 102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 – KPM



102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 – KPM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Sejumlah 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta Bekerja Dari Rumah (BDR) dari 23 hingga 29 Okt ini sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan langkah berkenaan bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh persidangan berlangsung.

“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR,” menurut kenyataan KPM itu.

KPM turut memaklumkan pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik COVID-19 serta semasa penganjuran Sidang ASEAN Mei lepas dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

Persidangan kemuncak ASEAN dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi terbesar setakat ini dengan kehadiran kuasa besar yang berpengaruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump antara yang dijangka hadir selain kemungkinan Presiden China Xi Jinping serta ketua kerajaan negara ASEAN dan rakan dialog juga akan hadir.

Sumber: Bernama

BACA: Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata

BACA: BYD Panggil Semula Lebih 115,000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk, Bateri

The post 102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 – KPM appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

TEKUN Nasional Salur RM1.25 Bilion Bantu 66,992 Usahawan Sabah Sejak 1998

[ad_1] TEKUN Nasional Salur RM1.25 Bilion Bantu 66,992 Usahawan Sabah Sejak 1998 KOTA KINABALU, 4 Okt…

Main Slot Demo PG Soft Seru Tanpa Harus Deposit

Buat kamu yang suka hiburan online tapi nggak mau ribet keluar modal, slot demo PG…

PN Umum Ketua Pembangkang Sebelum Akhir Mac

PN Umum Ketua Pembangkang Sebelum Akhir MacKUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Perikatan Nasional (PN)…