Posted On 30 September 2025

Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan 

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan 



Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan 

JAKARTA, 30 Sept (Bernama) — Pasukan penyelamat Indonesia pada Selasa berusaha mengesan puluhan pelajar yang dikhuatiri terperangkap selepas bangunan empat tingkat sebuah sekolah pondok runtuh di Jawa Timur, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala lebih 70 lagi cedera.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata seramai 38 orang masih hilang selepas Pondok Pesantren Al Khoziny di Kabupaten Sidoarjo — terkenal sebagai pusat melahirkan ulama sejak 1927 — runtuh pada petang Isnin ketika solat Asar.

Sehingga pagi Selasa, seramai 102 orang telah dipindahkan, dengan 91 berjaya menyelamatkan diri, manakala 11 lagi diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat. Seorang mangsa disahkan maut.

Sekurang-kurangnya 77 mangsa yang cedera dibawa ke hospital, dengan 34 dirawat di Hospital Sidoarjo, 38 di Hospital Siti Hajar dan empat di Hospital Delta Surya, katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), unit bencana daerah, polis, tentera dan sukarelawan dikerah ke lokasi, menggunakan jentera berat bagi membersihkan runtuhan.

Menurut Abdul Muhari, kejadian berlaku ketika pekerja sedang menuang bancuhan konkrit di tingkat paling atas.

“Ketika solat Asar sekitar 3 petang waktu tempatan, tiang asas dipercayai tidak mampu menampung beban, lalu menyebabkan keseluruhan struktur runtuh hingga ke tingkat bawah,” katanya.

Ketua sekolah pondok KH Abdus Salam Mujib, berkata bangunan yang runtuh itu baharu dibina kira-kira sembilan bulan lalu secara berperingkat dan belum siap sepenuhnya, dengan tingkat tiga baharu sahaja dibina untuk dijadikan dewan aktiviti pelajar.

Awal bulan ini, sebuah bangunan dua tingkat Madrasah Assoibiyah di Bogor, Jawa Barat, yang masih dalam pembinaan turut runtuh, mengorbankan empat orang dan mencederakan 84 yang lain.

Sumber: Bernama

BACA: Sasterawan Negara, Rejab Ismail Meninggal Dunia

BACA: Anwar Terima Pelawaan Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford 

The post Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan  appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Wanita Derma Darah 580 Kali Terima Anugerah ‘Medal For Life’

[ad_1] Wanita Derma Darah 580 Kali Terima Anugerah ‘Medal For Life’ KUALA LUMPUR, 14 Jun…

Lain Macam, Tuan Rumah Sediakan Booth Aiskrim “Rare” Untuk Tetamu 

[ad_1] Lain Macam, Tuan Rumah Sediakan Booth Aiskrim “Rare” Untuk Tetamu  Kebiasaannya apabila menghadiri mana-mana…

Tersentuh Dengan Sokongan Diterima, Rafizi Rakam Ucapan Penghargaan

[ad_1] Tersentuh Dengan Sokongan Diterima, Rafizi Rakam Ucapan Penghargaan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Rafizi…