Posted On 2 September 2025

Baucar PTV3.0 Tawar Perlindungan Insurans & Takaful Mampu Milik Kepada Penerima STR

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Baucar PTV3.0 Tawar Perlindungan Insurans & Takaful Mampu Milik Kepada Penerima STR



Baucar PTV3.0 Tawar Perlindungan Insurans & Takaful Mampu Milik Kepada Penerima STR

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menebus baucar bernilai RM30 bagi membantu membiayai sebahagian kos produk insurans dan takaful bermula 1 September.

Menerusi kenyataan tersebut, baucar yang disubsidi oleh Kerajaan Madani membiayai kedua-dua pelan perlindungan yang memiliki jumlah premium atau sumbangan tahunan sekurang-kurangnya RM50, di bawah program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 (PTV3.0).

Kerajaan Madani dengan kerjasama industri insurans dan takaful telah memperuntukkan RM60 juta di bawah Belanjawan 2025.

Inisiatif baucar ini dapat membantu untuk menampung kos produk perlindungan di bawah PTV3.O bagi memastikan akses yang lebih meluas kepada isi rumah pendapatan rendah.

Di samping itu, usaha dari Kerajaan Madani melengkapkan inisiatif lain seperti Skim Perubatan MADANI  dan PeKa B40, bagi memperkukuhkan jaring keselamatan sosial menerusi kerjasama awam-swasta yang tersasar.

Penerima STR boleh menyemak kelayakan baucar PTV3.O

“PTV3.O mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk menggapai hasrat meningkatkan taraf hidup rakyat seperti termaktub dalam kerangka Ekonomi MADANI

“Sesungguhnya, sesebuah negara hanya boleh bangkut bersama apabila setiap isi rumah mendapat perlindungan sewajarnya. Hatta, inisiatif ini adalah untuk mengembalikan maruah dan membina ketahanan segenap lapisan masyarakat,” kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Melalui PTV3.0, Kerajaan MADANI tekad untuk memperluas akses kepada semua. Seyogia, keterjaminan kesihatan dan keselamatan bukanlah kemewahan yang boleh dirasai oleh sesetengah kelompok sahaja,” tambah beliau.

Menurut kenyataan lagi, Kementerian Kewangan akan melaksanakan protokol pengesahan identiti dalam PTV3.0 bagi memastikan permohonan yang sahih dan menepati kelayakan.

Sehubungan itu, penerima STR boleh menyemak kelayakan dan merujuk Soalan Lazim PTV3.0 di www.myptv.my.

Orang ramai juga boleh mengunjungi mana-mana ejen, pengedar, atau premis penyedia yang mengambil bahagian, manakala senarai penuh produk yang layak boleh didapati di www.mycoverage.my.

BACA: Rakan Sekerja Biadap & Suka Menjeling, Jururawat Menang Pampasan RM143,000
BACA: Jurutera Maut Selepas Dipatuk Ular Bersembunyi Dalam Kasut “Crocs”
BACA: Susut 27kg Berat Badan, Penampilan The Rock Cetus Persoalan Ramai

Sumber: Kementerian Kewangan via Facebook

The post Baucar PTV3.0 Tawar Perlindungan Insurans & Takaful Mampu Milik Kepada Penerima STR appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Tarikh Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025

[ad_1] Tarikh Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025 Berita gembira buat semua pelajar, guru dan warga…

Polis Siasat Dua Lelaki Bergaduh Di Plaza Tol Kempas, Video Tular

[ad_1] Polis Siasat Dua Lelaki Bergaduh Di Plaza Tol Kempas, Video Tular JOHOR BAHRU, 13…

Makna dan Keutamaan Qurban » Nabawi Mulia

[ad_1] Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah Al-Kautsar ayat ke-2: فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ“Maka shalatlah…