Ribut Debu Besar Landa Phoenix
Sebuah ribut debu besar atau dikenali sebagai “haboob” melanda bandar raya Phoenix pada Isnin malam. Hal ini menyebabkan kerosakan harta benda, kelewatan penerbangan serta gangguan bekalan elektrik yang meluas.
Fenomena dinding debu setinggi ribuan kaki itu menenggelamkan sebahagian kawasan metropolitan Phoenix sehingga mengurangkan jarak penglihatan hampir sifar.
Ribut debu tersebut disusuli pula dengan ribut petir kuat yang mengakibatkan pokok tumbang, kerosakan struktur dan ribuan kediaman terputus bekalan elektrik.
Menurut portal PowerOutage.us seperti dilapor CNN, lebih 60,000 pengguna di Arizona terjejas, dengan sebahagian besar gangguan berlaku di Daerah Maricopa.
Lapangan Terbang Ditutup Sementara
Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor turut terkesan apabila jambatan penghubung di kawasan itu rosak akibat tiupan angin mencecah 70 batu sejam (lebih 110 km/j).
Pihak berkuasa lapangan terbang terpaksa menghentikan semua penerbangan selama kira-kira sejam sebelum membenarkan operasi bersambung semula dengan kelewatan sehingga 30 minit.
Amaran Keselamatan & Bahaya Jalan Raya
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) di Phoenix mengeluarkan amaran ribut debu serta ribut petir, sambil mengingatkan pemandu mengenai jarak penglihatan yang sangat rendah.
Jabatan Pengangkutan Arizona turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati terutama di Lebuhraya I-10 dan I-17 yang terjejas dengan banjir kilat dan debu tebal.
Keadaan di Kawasan Sekitar
Di bandar Gilbert, kira-kira 35 kilometer dari Phoenix, polis melaporkan banyak lampu isyarat tidak berfungsi dan pokok tumbang.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak keluar kerana keadaan berbahaya, lapor CNN.
Fenomena Biasa, Tapi Lebih Dahsyat
Walaupun ribut debu sering berlaku ketika musim monsun di Arizona, kali ini ia dipercayai lebih dahsyat.
Ribut petir yang runtuh menghasilkan tiupan angin kencang yang mengangkat tanah gurun, lalu membentuk dinding debu menjulang tinggi sejauh beberapa kilometer.
Keadaan ini sekali gus menyekat pandangan seperti ribut salji di musim dingin.
Apabila ribut debu melanda, penglihatan boleh merosot sehingga hanya beberapa kaki sahaja, sekali gus membahayakan pemandu yang tidak sempat mencari perlindungan.
Menurut ramalan cuaca, Phoenix masih berpotensi mengalami ribut petir sehingga Rabu, sebelum keadaan dijangka reda pada separuh akhir minggu ini.
Namun, suhu panas mencecah tiga angka Fahrenheit dijangka terus meningkat, meskipun udara kering akan mengurangkan risiko ribut lewat minggu.
BACA: Taufan Kajiki Badai Vietnam, Ragut 3 Nyawa Setakat Ini
Sumber: CNN
The post Ribut Debu Besar Landa Phoenix appeared first on Siakap Keli.
Lifestyle
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Download Film