Posted On 6 August 2025

Zoo Di Denmark Minta Derma Haiwan Tidak Diingini Sebagai Makanan Pemangsa

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Zoo Di Denmark Minta Derma Haiwan Tidak Diingini Sebagai Makanan Pemangsa


Zoo Di Denmark Minta Derma Haiwan Tidak Diingini Sebagai Makanan Pemangsa

AALBORG  — Sebuah zoo di utara Denmark mencetuskan kontroversi apabila meminta orang ramai supaya menderma haiwan peliharaan yang tidak lagi diingini untuk dijadikan makanan kepada haiwan pemangsa di zoo tersebut, lapor CNN World.

Menurut hantaran di Facebook zoo tersebut, pihaknya memaklumkan bahawa inisiatif itu diambil sebagai usaha meniru rantaian makanan semula jadi demi memastikan kesejahteraan dan tingkah laku semula jadi haiwan karnivor yang dipelihara.

Menurut laman web rasmi Zoo Aalborg, haiwan yang didermakan akan melalui proses secara berhemah oleh kakitangan terlatih sebelum diberikan sebagai makanan.

Difahamkan, zoo berkenaan menempatkan beberapa haiwan pemangsa seperti singa Asia, lynx Eropah dan harimau Sumatera.

Walau bagaimanapun, inisiatif itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Zoo Aalborg, Pia Nielsen, menjelaskan menerusi satu kenyataan e-mel bahawa amalan ini telah dilakukan selama bertahun-tahun dan merupakan sesuatu yang biasa dalam pengurusan zoo di Denmark.

Beliau turut menambah bahawa ramai pengunjung dan rakan kerjasama zoo menyokong inisiatif ini serta melihatnya sebagai satu bentuk sumbangan yang bermanfaat.

Nielsen juga menegaskan bahawa haiwan karnivor memainkan peranan penting dalam ekosistem dan perlu diberikan pemakanan yang sesuai bagi mengekalkan keseimbangan semula jadi.

Sumber: CNN World

BACA: Terengganu Lancar Portal Jodoh Darul Iman

The post Zoo Di Denmark Minta Derma Haiwan Tidak Diingini Sebagai Makanan Pemangsa appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Nahas Tol Kajang: Pemandu Lori Direman, Mengaku Lompat Keluar Dari Lori – Polis

[ad_1] Nahas Tol Kajang: Pemandu Lori Direman, Mengaku Lompat Keluar Dari Lori – Polis Pemandu…

Momen Fakhrul Sambut Hari Lahir Abang Kali Terakhir Buat Ramai Sayu

[ad_1] Momen Fakhrul Sambut Hari Lahir Abang Kali Terakhir Buat Ramai Sayu Hanya selang beberapa…

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai Di Pasir Puteh

[ad_1] Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai Di Pasir Puteh KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama)…