Nak Anak Masuk MRSM, Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu
Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak yang berjaya dalam pelajaran dan mampu membina masa depan yang cemerlang.
Sama ada dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di dalam atau di luar negara hingga mampu membina kerjaya yang cemerlang.
Ramai yang percaya kejayaan akademik adalah kunci utama untuk membuka peluang lebih luas pada masa hadapan.
Atas sebab itu, ramai ibu bapa mula merancang laluan pendidikan anak seawal mungkin, termasuk memilih sekolah yang terbaik.
Di Malaysia, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menjadi antara pilihan utama kerana rekod cemerlangnya dalam melahirkan pelajar berprestasi tinggi.
Hal ini kerana, MRSM bukan sahaja memberi tumpuan kepada pencapaian akademik, tetapi juga mengasah kemahiran yang diperlukan dalam dunia sebenar.
Namun, dengan pelbagai program dan pilihan MRSM yang berbeza, ramai ibu bapa yang keliru untuk membuat keputusan terbaik buat anak mereka.
Justeru, artikel ini akan membantu anda memahami senarai lengkap program MRSM berserta kelebihannya supaya ibu bapa dapat membuat keputusan dengan tepat.
MRSM menawarkan enam program utama yang berbeza
Setiap pilihan program ini direka bagi memenuhi keperluan pelajar dengan minat, kebolehan dan hala tuju akademik yang berbeza.
Berikut adalah penerangan setiap program:
1. Premier
Program ini menggabungkan kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM yang dirancang khusus untuk perkembangan pelajar.
Matlamatnya adalah untuk memastikan pelajar cemerlang dalam akademik sambil membina kemahiran kepimpinan dan tahap disiplin yang kukuh.
2. Premier STEM Excellence
Program ini direka khas bagi pelajar yang meminati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Program ini sesuai kerana modulnya telah diubah suai bagi kesinambungan pembelajaran yang lebih baik dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Antara kelebihannya:
- Topik tertentu diajar lebih awal berbanding sekolah lain
- Susunan silibus berbeza dan lebih tersusun mengikut aliran STEM
3. IGCSE
Program ini adalah dwibahasa dan memberikan peluang pelajar menduduki dua peperiksaan besar, iaitu pada Tingkatan empat dan lima.
Kelebihannya:
- Pendedahan awal kepada sistem pendidikan antarabangsa
- Membantu pelajar yang merancang menyambung pengajian ke luar negara
- Memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris sejak awal
4. Ulul Albab
Program ini menggabungkan pembelajaran akademik dan hafazan Al-Quran, sesuai bagi pelajar yang ingin seimbangkan antara akademik dan pembelajaran agama.
5. Teknikal
Program ini memberi penekanan kepada subjek robotik, kecekapan mekanikal dan asas kejuruteraan, sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang teknikal.
6. Bitara
Program ini direka khas untuk pelajar pintar cerdas (gifted) dengan ujian IQ dan saringan tambahan yang berbeza daripada program lain.
Difahamkan, setakat ini program bitara hanya ditawarkan di MRSM Pengkalan Chepa untuk kemasukan Tingkatan 1.
Program ini juga memberi peluang kepada pelajar berpotensi tinggi untuk mengikuti program yang disesuaikan dengan tahap kepintaran mereka.
BACA: Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden
BACA: Ini Cara Renew Insurans Kenderaan Guna MyJPJ
BACA: Wanita Ini Ajar Cara Proses Lemak Ayam Jadi Minyak Masak Terpakai
Sumber: Nurul Shazlina Zainudin/Facebook
The post Nak Anak Masuk MRSM, Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu appeared first on Siakap Keli.
Lifestyle
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Download Film