Kenyataan METMalaysia Berhubung Jerebu Rentas Sempadan
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan terdapat 79 titik panas dikenal pasti di kawasan Sumatera susulan jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa negeri pantai barang Semenanjung Malaysia hari ini.
“Berdasarkan analisis daripada imej satelit NOAA-20 pada 18 Julai 2025, laporan yang dikeluarkan oleh Asean Specialized Meteorologi Centre (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas di kawasan Sumater yang berkemungkinan menjadi punca kepada jerebu berkenaan yang dibawa oleh tiupan angin barat daya.
“METMalaysia tidak menjangkakan sebarang cuaca hujan atau perubahanĀ arah angin tiupan angin bagi mengurangkan kesan jerebu berkenaan dalam tempoh beberapa hari ini,” kata Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka memandangkan ia boleh menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk dan pencemaran terhadap alam sekitar.
Media sebelum ini melaporkan sebanyak 60 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sederhana setakat 11 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar, selain lain lapan kawasan merekodkan bacaan IPU baik melibatkan Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah; ILP Miri, Sri Aman, Kapit, Limbang di Sarawak serta Labuan.
Tiada kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Kenyataan METMalaysia Berhubung Jerebu Rentas Sempadan appeared first on Siakap Keli.
Lifestyle
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Download Film