Posted On 20 June 2025

Lelaki Maut Dipercayai Dipukul Di Tanah Merah

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Lelaki Maut Dipercayai Dipukul Di Tanah Merah


Lelaki Maut Dipercayai Dipukul Di Tanah Merah

TANAH MERAH, 20 Jun (Bernama) — Seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia dipercayai dipukul di Kampung Buloh Ipoh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Supt Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan butiran kejadian akan menyusul.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Solah, 40, berkata, kejadian berlaku berikutan pergaduhan antara mangsa dan suspek.

“Sebelum kejadian, saya sempat berbual dengan mangsa kerana rumahnya betul-betul di hadapan rumah saya, dia kelihatan biasa dan sempat menegur beberapa orang kampung.

BACA JUGA: Seorang Lelaki Ditemukan Mati Akibat Ditembak

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila melihat kehadiran ramai anggota polis dan penduduk di tempat kejadian iaitu kira-kira 100 meter dari rumahnya,” katanya kepada Bernama di tempat kejadian.

Menurutnya, dia bergegas ke lokasi dan terkejut melihat mangsa meninggal dunia dengan kecederaan di muka.

Solah juga berkata, mangsa tinggal bersama ibunya yang berusia 78 tahun dan tidak pernah menimbulkan masalah dengan penduduk kampung.

“Saya difahamkan kejadian itu berpunca daripada teguran mangsa berhubung bunyi bising motosikal suspek. Mereka dikatakan bergaduh sebelum mangsa dipercayai dipukul dengan kayu,” katanya.

Sumber: Bernama

The post Lelaki Maut Dipercayai Dipukul Di Tanah Merah appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

MH370: Ocean Infinity Tamatkan Pencarian Di Lautan Hindi Tanpa Penemuan Baharu

MH370: Ocean Infinity Tamatkan Pencarian Di Lautan Hindi Tanpa Penemuan BaharuKUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama)…

Semua Hal Tentang Manasik Umroh (Lengkap) » Nabawi Mulia

[ad_1] Sebelum keberangkatan ibadah Umroh, akan diadakan beberapa pertemuan penting sebagai bagian dari persiapan keberangkatan…

Main Slot Demo PG Soft Seru Tanpa Harus Deposit

Mau main Slot Demo PG Soft yang seru tanpa harus deposit? Kamu bisa langsung coba…