Posted On 17 June 2025

PPZ-MAIWP Raikan Ejen Kutipan Zakat, 16 Syarikat Terima Anugerah Prestasi Cemerlang

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> PPZ-MAIWP Raikan Ejen Kutipan Zakat, 16 Syarikat Terima Anugerah Prestasi Cemerlang


PPZ-MAIWP Raikan Ejen Kutipan Zakat, 16 Syarikat Terima Anugerah Prestasi Cemerlang

KUALA LUMPUR, 17 JUN 2025: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini mengadakan Majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat PPZ-MAIWP 2024 bertempat di Hotel Ideas, Kuala Lumpur.

Majlis yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Mohd Na’im Haji Mokhtar ini diadakan bagi memberi penghargaan khas kepada ejen-ejen lantikan yang telah berperanan penting dalam membantu meningkatkan kutipan zakat PPZ-MAIWP sepanjang tahun.

Berdasarkan rekod, kutipan zakat menerusi saluran ejen bagi tahun 2024 meningkat sebanyak 17.4% dengan jumlah kutipan sebanyak RM74,343,536.22, berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM63,284,867.18.

Mohd Na’im dalam ucapannya berkata, peningkatan kutipan ini mencerminkan kepercayaan berterusan pembayar zakat terhadap ejen-ejen kutipan zakat yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai wakil yang sah dan diyakini.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ejen atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Ini menunjukkan bahawa kehadiran PPZ-MAIWP melalui saluran ejen semakin diyakini oleh para pembayar zakat.

“Saya yakin angka ini akan terus meningkat, seiring dengan penambahbaikan sistem dan kemudahan yang ditawarkan melalui platform masing-masing,” katanya.

Majlis pada hari ini menjadi platform penghargaan kepada usaha berterusan para ejen yang turut bertanggungjawab dalam memperluas kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kewajipan zakat, sekaligus menyokong usaha PPZ-MAIWP dalam memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat Islam.

Sebanyak 16 ejen terbaik yang telah menunjukkan prestasi kutipan tertinggi sepanjang tahun 2024 diberikan anugerah pada majlis ini.

Senarai nama pemenang mengikut kategori adalah seperti berikut:

ANUGERAH KAUNTER UNIVERSITI TERBAIK

1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Tun Abdul Razak

ANUGERAH SALURAN OFFLINE TERBAIK

1. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
2. Malaysian Takaful Association
3. I & E Business Solution

ANUGERAH SALURAN POTONGAN GAJI TERBAIK

1. Dr Smile Taman Melawati Sdn Bhd
2. Headir & Co
3. Ahlan Academy for Excellence Sdn Bhd

ANUGERAH SALURAN DIGITAL TERBAIK

1. Amanah Saham Malaysia Berhad (myASNB)
2. Simplepay Gateway Sdn Bhd (senangPay)
3. MY E.G. Services Berhad (MYEG)

ANUGERAH BANK TERBAIK

1. CIMB Bank Berhad
2. Bank Islam Malaysia Berhad
3. Public Bank Berhad

ANUGERAH MUAZ BIN JABAL

1. Maybank Islamic Berhad

Turut hadir pada majlis ini adalah Pengerusi MAIWP, Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Sri Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.

PPZ-MAIWP berharap agar penganugerahan yang diberikan pada hari ini sedikit sebanyak mampu menjadi pemangkin semangat kepada para ejen kutipan zakat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang, secara tidak langsung membantu institusi ini meningkatkan kutipan zakat agar lebih ramai asnaf di Wilayah Persekutuan dapat menerima manfaat.

PPZ-MAIWP dalam pada itu menyeru orang ramai agar menunaikan zakat menerusi ejen sah yang dilantik PPZ-MAIWP bagi mengelakkan sebarang penipuan. Untuk semakan, ejen, sila layari portal www.zakat.com.my atau hubungi talian zakat di 1 300 88 5757.

The post PPZ-MAIWP Raikan Ejen Kutipan Zakat, 16 Syarikat Terima Anugerah Prestasi Cemerlang appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit

Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit Mengetahui insan tersayang sedang…

Manasik Umroh Sesuai Sunnah, Bagaimana Ya? » Nabawi Mulia

[ad_1] Umroh merupakan ibadah yang sangat dianjurkan dan menjadi salah satu bentuk keteladanan dari Rasulullah…

Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

[ad_1] Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China SEPANG, 26…