Posted On 18 May 2025

Pasangan Panda Gergasi Pulang Ke China

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Pasangan Panda Gergasi Pulang Ke China


Pasangan Panda Gergasi Pulang Ke China

Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi, secara rasmi dihantar pulang ke China hari ini selepas 10 tahun berada di Malaysia.

Difahamkan, majlis penghantaran pasangan panda itu berlangsung di Animal Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Dr. Ching Thoo Kim, mewakili kerajaan Malaysia bagi menzahirkan penghargaan terhadap hubungan Malaysia-China ini.

Untuk info, kehadiran Fu Wa dan Feng Yi di Malaysia sejak 2014 adalah hasil program pemuliharaan panda gergasi yang dimeterai antara kedua-dua negara.

Sepanjang tempoh itu, mereka bukan sahaja menjadi tarikan utama di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara.

Malah, turut memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai pemeliharaan spesies terancam dan kepentingan biodiversiti.

Sebelum penghantaran pulang Fu Wa dan Feng Yi, ketiga-tiga anak mereka telah dihantar pulang ke China secara berperingkat.

Nuan Nuan pulang pada 14 November 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi dihantar pulang pada 29 Ogos 2023.

Majlis hari ini disifatkan sebagai detik bersejarah yang mencerminkan kejayaan kerjasama konservasi antara dua negara.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Timbalan Ketua Setiausaha NRES (Sumber Asli), Norsham Abdul Latip.

BACA: Kematian Dicemburui, Jemaah Haji Johor Meninggal Dunia Dalam Ihram

BACA: RM13.3 Bilion Wang Tak Dituntut Direkod Setakat April – Akauntan Negara

BACA: Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap – Polis 

Sumber: Berita RTM

The post Pasangan Panda Gergasi Pulang Ke China appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Lelaki Maut Dipercayai Dipukul Di Tanah Merah

[ad_1] Lelaki Maut Dipercayai Dipukul Di Tanah Merah TANAH MERAH, 20 Jun (Bernama) — Seorang…

Hujan Lebat Dijangka Di Empat Negeri Hingga Malam Ini

[ad_1] Hujan Lebat Dijangka Di Empat Negeri Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan…

Slot yang Paling Gacor Hari Ini Provider Habanero Gacor

Oke! Kamu pengen tahu slot paling gacor hari ini dari provider Habanero — salah satu…