Posted On 17 May 2025

76 Peratus Rakyat Terengganu Lebih Berat Badan

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> 76 Peratus Rakyat Terengganu Lebih Berat Badan


76 Peratus Rakyat Terengganu Lebih Berat Badan

KUALA TERENGGANU, 17 Mei (Bernama) — Sebanyak 76 peratus atau 988,000 orang daripada 1.3 juta rakyat Terengganu mengalami lebih berat badan dan obesiti.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata jumlah itu didapati meningkat 15.2 peratus berbanding 60.8 peratus pada 2011.

Beliau berkata lebih membimbangkan apabila satu daripada tiga remaja di negeri ini dikesan mengalami masalah berat badan akibat amalan pemakanan serta gaya hidup tidak sihat.

“Situasi ini merisaukan pihak kesihatan kerana ia boleh meningkatkan lagi risiko dan kadar penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, jantung, buah pinggang dan darah tinggi yang sudah sedia tinggi.

“Dalam kalangan remaja, gaya hidup hari ini yang sentiasa melekat dengan gajet dan pelbagai pilihan makanan tidak sihat menyebabkan semakin ramai mengalami masalah berat badan,” katanya pada Program ‘Fun Run’ Sempena Kempen Kesedaran Obesiti 2025 Agenda Negeri Terengganu Sihat di Dataran Batu Buruk, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Kasemani berkata pihak JKNT sedang memperhebatkan penganjuran program kesedaran termasuk Kempen ‘War On Sugar’ bagi mengingatkan orang ramai tentang bahaya gula tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan.

Beliau berkata amalan minum air kosong dan penyediaan makanan secara sihat di rumah adalah antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak pengambilan gula tambahan.

Sumber: Bernama

BACA: Pemuda Dedah Gaji Guru Kontrak Di Indonesia Buat Ramai Terkejut

BACA: Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap – Polis

BACA: Pelajar Tahfiz Cemerlang Diberi Biasiswa Lanjut Pelajaran Di UniKL, UPTM – Ahmad Zahid

The post 76 Peratus Rakyat Terengganu Lebih Berat Badan appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

PM Lancar “RIBAT” HMLTV Pertama Keluaran Negara

[ad_1] PM Lancar “RIBAT” HMLTV Pertama Keluaran Negara LANGKAWI, 20 Mei (Bernama) — Perdana Menteri…

Seorang Maut Dalam Kejadian Gempa Di Turkiye

[ad_1] Seorang Maut Dalam Kejadian Gempa Di Turkiye ANKARA – Satu gempa bumi berukuran 5.8…

Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’

Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’ Malaysia sememangnya…