102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 – KPM
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Sejumlah 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta Bekerja Dari Rumah (BDR) dari 23 hingga 29 Okt ini sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan langkah berkenaan bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh persidangan berlangsung.
“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR,” menurut kenyataan KPM itu.
KPM turut memaklumkan pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik COVID-19 serta semasa penganjuran Sidang ASEAN Mei lepas dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
Persidangan kemuncak ASEAN dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi terbesar setakat ini dengan kehadiran kuasa besar yang berpengaruh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump antara yang dijangka hadir selain kemungkinan Presiden China Xi Jinping serta ketua kerajaan negara ASEAN dan rakan dialog juga akan hadir.
Sumber: Bernama
BACA: Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata
BACA: BYD Panggil Semula Lebih 115,000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk, Bateri
The post 102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 – KPM appeared first on Siakap Keli.
News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door
Download Film